
HADRI DITAHAN DI CHINA GARA2 LELAKI INI TAK PERNAH TENGOK AE86!
Jika anda masih ingat, 10 hari lalu, Hadri telah berlepas dari Putrajaya dalam satu misi laluan darat dari KL ke Nurburgring, Jerman. Beliau kini telah melepasi negara Thailand dan Laos.
Semalam, beliau dalam misi memasuki China dan akan keluar ke negara Mongolia. Ketika memandu di negara China, beliau telah ditahan seorang lelaki tempatan.
Hadri diekori, diberi tampu tinggi dan di hon berkali-kali. Seorang lelaki mengarahkannya berhenti.
Gusar dan bimbang jika beliau melakukan sebarang kesalahan, Hadri memberhentikan AE86 beliau sambil dihampiri lelaki terbabit.
“Pa Liu, Pa Liu (lapan enam, lapan emam!),” lelaki tersebut melompat kegembiraan bila melihat kereta yang dipandu Hadri bersama krewnya.
Sebenarnya, lelaki tersebut tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila pertama kali dapat melihat Corolla AE86 secara berdepan, dalam hidupnya.
Beliau memberitahu hanya dapat melihat kereta tersebut dalam movie Initial D yang dibintangi Jay Chow pada 2005. Di China, Toyota tidak membawa masuk model ini pada era 80-an jadi ia adalah satu pertemuan yang sangat menggembirakan lelaki tersebut.
Beliau mengambil foto, bersalaman malah berpelukan kerana terlalu gembira. Hadri dapat merasakan kegembiraan lelaki tersebut dan AE86 benar-benar telah menyatukan ramai manusia tak mengira bangsa dan negara.
- BACA: MEMANDU AE86 KE JERMAN DEMI SEBUAH CINTA!
- BACA: IKLAN PILIHAN, AE86 FULL RESTORED!
- BACA: “LUBUK” AE86 DI OSAKA!
- BACA: INILAH KERETA JEPUN YG TELAH MENGUBAH DUNIA!
Instagram: @ae86worldtour
https://www.instagram.com/ae86worldtour/
Website: www.ae86tour.my
KREDIT: HAYASHI86.COM
GALERI