
SUV HUMMER EV BAKAL DIPERKENALKAN DI INDONESIA, JARAK GERAK LEBIH 500KM
Autogroup International (AGI) mengumumkan rancangannya untuk mengeluarkan SUV Hummer EV pemanduan kanan di pasaran Indonesia.
Menurut laporan, unit pertama SUV elektrik ini dirancang tiba dalam beberapa bulan akan datang.
“SUV Hummer EV pemanduan kanan kami sudah pun dalam pengeluaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Autogroup International, Rob Hill.

Hummer EV berkenaan tampil dengan reka bentuk Hummer yang ikonik, mempunyai motor elektrik dan menghasilkan 830PS, 972Nm tork dan pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa 3.5 saat sahaja.
SUV elektrik itu didakwa mempunyai pelepasan sifar dengan menawarkan jarak gerak melebihi 500km.
Tambahnya lagi, terdapat tiga varian untuk Hummer EV, iaitu Hummer EV Edition 1, Hummer EV 2 (2 motor), dan Hummer EV 3 (3 motor).
Selain itu, Hummer EV akan dilengkapi dengan beberapa ciri canggih seperti Infinity Riif, Watts to Freedom acceleration, Super Cruise, bateri Ultium, Regen on Demand, pemanduan satu pedal, mod crabwalk, serta Ultravision dengan kamera 17X.








