Buletin

PROMOSI TAHUN BAHARU CINA, MICHELIN MALAYSIA TAWAR HADIAH EKSKLUSIF – DARI 15 JANUARI HINGGA 29 FEBRUARI 2024

Sempena Tahun Baharu Cina, Michelin Malaysia telah melancarkan promosi dengan tawaran hadiah-hadiah ekslusif untuk para pelanggan.

Dari 15 Januari hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli 2 tayar MICHELIN (18-inci dan ke atas) bakal membawa pulang Bantal MICHELIN serba eksklusif, menjadikan perjalanan balik kampung lebih menyelesakan.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli 4 tayar MICHELIN (15-inci – 17-inci) ditawarkan Kad Hadiah Petronas MICHELIN bernilai sehingga RM30 untuk menjimatkan pembelian minyak semasa perjalanan.

Hadiah-hadiah menarik ini boleh ditebus di outlet-outlet TYREPLUS atau MICHELIN yang terlibat semasa pembelian dibuat, dan stok adalah terhad.

Selain itu, para pemandu dan pelanggan MICHELIN juga boleh berlapang dada dengan adanya MICHELIN Road Hazard Warranty Program yang meliputi pembelian baharu tayar MICHELIN sehingga 6 bulan, terhadap kebocoran tayar tidak disengajakan berserta kerosakan tayar semasa memandu di atas jalan raya terselenggara.

Tambahan, tayar yang dibeli pelanggan ini layak untuk dibaiki atau digantikan dengan tayar baharu secara percuma daripada mana-mana outlet TYREPLUS.

Untuk maklumat lanjut mengenai promo Tahun Baharu Cina Michelin, sila layari laman sesawang rasmi Michelin https://www.michelin.com.my/auto/promotions

Untuk maklumat lanjut mengenai MICHELIN Road Hazard Warranty Program, sila layari https://tyreplus.com.my/roadhazardprogram

Google ads
Back to top button