
KONTRAK BAHARU LEWIS HAMILTON RM221.7 JUTA?
Sir Lewis Hamilton bakal menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Mercedes-AMG Petronas dalam masa terdekat tetapi bukan selama tiga tahun.
Prinsipal pasukan Toto Wolff mendedahkan perbincangan berhubung kontrak baharu itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.Ia sekali gus membolehkan Hamilton kembali beraksi untuk musim baharu serta menyertai ujian rasmi di Bahrain pada Mac depan.
Juara dunia tujuh kali itu dijangka akan menerima gaji sekitar £40 juta (RM 221.7 juta). Selain itu, terdapat pendapatan tambahan daripada hak penyiaran dan tajaan.
Terdahulu, terdapat laporan menyatakan Hamilton akan ditawarkan kontrak selama tiga tahun.
Bagaimanapun Wolff menegaskan bahawa itu tidak akan berlaku selepas mengambilkira peraturan pada musim 2022 dan pengenalan kepada had perbelanjaan untuk setiap pasukan.
Di sebalik kelewatan bintang Britain itu untuk menurunkan tandatangannya, Wolff mengakui mereka berdua mempunyai hubungan yang baik.
“Lewis sememangnya amat penting, bukan saja kepada pasukan tetapi kepada jenama Mercedes,” katanya. – agensi
- BACA: LEWIS HAMILTON-KEJANG OTOT,CATAT KEMENANGAN KE-92, PECAH REKOD SCHUMACHER!!!
- BACA: LEWIS HAMILTON RAIH PENDAPATAN PALING TINGGI PELUMBA F1. RM225 JUTA SETAHUN, MAK AI BANYAK BETUL GAJI KO!!!
- BACA: NILAI KONTRAK MUNGKIN DIKURANGKAN, LEWIS HAMILTON ENGGAN BINCANG KETIKA RAMAI KENA BUANG KERJA
- BACA: EDISI TERAKHIR PAGANI HUAYRA II ULTIMO – DIILHAMKAN OLEH LEWIS HAMILTON – PETRONAS