Buletin

MCLAREN MP-425A LEWIS HAMILTON BAKAL DILELONG. HARGA DIJANGKA RM23.4 JUTA JE

Jentera Formula Satu (F1) McLaren MP4-25A yang dipandu Lewis Hamilton dalam melakar kejayaan di Grand Prix Turki pada tahun 2010 akan dilelong RM Sotheby pada 17 Julai ini.

Lelongan akan dilakukan secara langsung di Grand Prix (GP) Britain.

Ini merupakan kali pertama salah satu jentera dipandu Hamilton akan dijual kepada khalayak umum dan dijangka mampu meraih harga jualan melebihi £4 juta (RM23.4 juta).

Sejak tahun 2010, Hamilton mula mengukir nama setanding legenda Michael Schumacher sebagai antara pelumba paling berjaya dalam sejarah F1.

Beliau memenangi 7 kejuaraan, 98 kemenangan dan menduduki sebanyak 100 kali di petak utama.

Dalam pada itu, Pengarah Hospitaliti dan Pengalaman di F1, Kate Beavan berkata pihaknya berbangga dapat meneruskan kerjasama dengan RM Sotheby dan mengumumkan kereta pertama F1 Lewis Hamilton yang akan dijual.

“Ia adalah masa yang tepat untuk menjual jentera berusia lebih 10 tahun sejak Lewis memenangi perlumbaan di Istanbul.

“Kereta ini akan ditawarkan kepada umum untuk di jual di Silverstone, ‘rumah’ kepada perlumbaan F1.

“Selepas kejayaan besar penjualan di Abu Dhabi pada 2019, kali ini lebih istimewa apabila jentera sebenar F1 yang sudah beraksi di setiap litar akan dilelong.”katanya. – carscoops/espn

Google ads
Back to top button