Buletin

TOYOTA SERTAI IDEMITSU SUPER ENDURANCE SOUTHEAST ASIA TROPHY 2023 – TAMPIL DENGAN MODEL TENAGA BAHARU

Toyota Motor Corporation mengumumkan bahawa ia akan mengambil bahagian IDEMITSU SUPER ENDURANCE SOUTHEAST ASIA TROPHY 2023 (Thailand 10-hour Endurance Race) yang akan diadakan pada 22 dan 23 Disember di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Antara pelumba yang mengambil bahagian ialah Morizo, Yasuhiro Ogura, Kachorn Chiaravanont, Masahiro Sasaki, Tatsuya Kataoka, Hiroaki Ishiura, Kazuya Oshima, Naoya Gamo, Kenta Yamashita, Hibiki Taira, Keizo Kato dan Daisuke Toyoda.

Kenderaan digunakan untuk perlumbaan ini adalah seperti berikut:

  • ORC ROOKIE Racing: ORC ROOKIE GR86 CNF concept dan ORC ROOKIE GR Corolla H2 concept
  • CP ROOKIE Racing: CP ROOKIE PRIUS CNF-HEV GR concept

Prius baharu yang bersaing dalam perlumbaan tahun ini telah dibangunkan berdasarkan kenderaan pengeluaran.

Selain itu, tiga kenderaan daripada pasukan TOYOTA GAZOO Racing Thailand iaitu Corolla, 86, dan Yaris juga akan menggunakan bahan api neutral karbon.

Menurut Toyota, ia terus komited menyahut cabaran mengembangkan pilihan sukan permotoran untuk neutraliti karbon bersama rakan kongsinya di Asia.

Tambahnya lagi, bilangan rakan kongsi terkumpul melalui sukan permotoran telah meningkat kepada 51, baik di Jepun mahupun di luar negara.

Dalam Perlumbaan Endurance 10 jam Thailand, biogas dijana daripada najis ayam ladang ayam CP dan sisa makanan daripada Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co. (TDEM), digunakan sebagai sebahagian daripada bahan api untuk Corolla berkuasa hidrogen.

Melalui kerjasama bersama CP, FC drone juga digunakan untuk eksperimen demonstrasi buat pertama kali pada acara itu.

Toyota mendakwa ia adalah sebahagian daripada  usaha dalam menghasilkan, mengangkut, serta menggunakan hidrogen yang sedang dipromosikan oleh Toyota dan rakan kongsinya di Thailand.

Dengan berbuat demikian, Toyota berupaya memperluaskan skop usahanya untuk membina model penggunaan hidrogen ke seluruh Asia, bermula dengan Thailand.

Google ads
Back to top button