Buletin

HARGA NISSAN GT-R NISMO 2017 NAIK RM410K – KUASA TETAP 600hp

Ketika diperkenalkan pada acara Los Angeles Auto Show 2007 dan mula memasuki pasaran Amerika Syarikat, jentera berprestasi tinggi Nissan GT-R hanya ditawarkan pada harga AS$69,850 (RM289,000) seunit.

Tetapi sekarang, varian Godzilla paling hangat iaitu Nissan GT-R Nismo 2017 ditawarkan pada harga yang cukup tinggi, sekitar $176,585 (RM731,000). Itu termasuk kos penghantaran sebanyak AS$1,595 (RM6,600).

2017-Nissan-GT-R-Nismo-mekanika (2)

Ini merupakan kenaikan sebanyak AS$100,000 (RM410,000) berbanding model asal R35. Selain peningkatan kira-kira AS$25,000 (RM103,400) jika dibandingkan dengan harga GT-R Nismo tahun lalu.

Harga itu membuatkan Nissan GT-R Nismo 2017 sudah memasuki wilayah jentera super car mewah atau eksotik seperti Porche 911 GT3 RS (AS$175,900), Porsche 911 Turbo (AS$159,200) atau Porsche Turbo S (AS$188,100).

2017-Nissan-GT-R-Nismo-mekanika (1)

Dengan harga tersebut, Nismo GT-R masih menggunakan enjin turbo berkembar V6 bersesaran 3.8 liter yang mampu menjana kuasa 600hp. Namun, perubahan paling ketara melibatkan aspek aerodinamik menerusi plitter hadapan baharu yang lebih besar. Jadi, Godzilla ini menawarkan lebih downforce berbanding mana-mana model sebelumnya.

Pasukan jurutera Nissan juga membuat beberapa perubahan kecil ke atas pegas gegelung suspensi, bar penstabil, peredam Bilstein boleh laras dan casis yang kini lebih tegar.

Harga meninggal tersebut diumumkan oleh Nissan pada acara Japanese Classic Car Show di Long Beach, California baru-baru ini.

Google ads
Back to top button