Motosikal

PRODRIVE HASILKAN BASIKAL LIPAT PALING RINGAN DI DUNIA

Syarikat sukan bermotor dan teknologi dari Britain, Prodrive telah berjaya membawa basikal lipat konsep Hummingbird yang ringan menjadi realiti.

Prodrive juga mengakui bahawa pihaknya telah menambah baik serya menghasilkan semula komponen-komponen utama sebagai persediaan produksi.

Hummingbird-Prodrive-folding-bike-mekanika (3)

Hummingbird dikatakan hanya seberat 6.7kg, sekali gus menjadi basikal lipat yang paling ringan di dunia. Berat itu banyak disumbang oleh kerangka, fork gentian dan tempat duduk.

Kerangka basikal tersebut direka dan dikilangkan oleh Prodrive Composites di Milton Keynes. Manakala penghasilan alat ganti dan pemasangan akhir akan dilaksanakan di ibu pejabat Prodrive di Banbury. 

Hummingbird memiliki mekanisma lipatan yang unik dan ringkas. Tidak seperti basikal lipat yang lain, trailing arm pivot pada bahagian engkol memastikan rantai sentiasa tegang walaupun ketika dilipat sepenuhnya. Ia juga membolehkan basikal itu ditarik di atas roda apabila dilipat.

Hummingbird-Prodrive-folding-bike-mekanika (2)

Basikal itu merupakan cetusan idea pereka bentuk dan penggemar basikal yang berasal dari London, Petre Craciun. Dia mendapati basikal lipat yang ada di pasaran sekarang adalah berat dan tidak menarik.

“Kebanyakan basikal lipat mempunyai berat sekurang-kurangnya 12kg. cukup berat untuk dibawa menaiki, menuruni tangga atau ketika menggunakan kereta api. Jadi, saya mahu menghasilkan sebuah basikal lipat yang cantik, ringan dan bangga untuk dimiliki,” kata Craciun.

Prodrive dijangka menghasilkan Hummingbird pertama pada Oktober dan mula dijual awal tahun depan.

Google ads
Back to top button