Buletin

HARGA PETROL RON97 TURUN 31 SEN, PENURUNAN TERTINGGI SETAKAT INI

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam mengumumkan penurunan harga petron gred RON97. Harga baru ini berkuatkuasa bermula 1 hb Disember hingga 31 Disember nanti.

Itu menjadikan harga semasa RON97 ialah RM2.50 seliter. Harga pasca pilihanraya tertinggi yang dicatatkan ialah pada November iaitu RM2.79. Pada September ia dijual pada harga RM2.65 dan Oktober RM2.79 seliter.

Bagi harga bahanbakar gred RON 95 petrol pula, harga kekal tak berubah sejak pilihanraya yang dimenangi kerajaan Pakatan Harapan iaitu RM2.20 seliter.

Harga disel juga kekal iaitu RM2.18 bagi Euro 2M dan RM2.28 bagi  Euro 5

 

 

Google ads
Back to top button