Buletin

PROTON SOKONG TABUNG HARAPAN MALAYSIA – RM10 AKAN DISUMBANG DARIPADA SETIAP PEMBELIAN KERETA

Seiring dengan perkembangan politik dalam negara sekarang, PROTON ingin menyatakan sokongannya kepada Tabung Harapan Malaysia apabila RM10 daripada setiap pembelian kereta Proton akan disumbangkan kepada dana kerajaan tersebut.

Sebagai organisasi korporat nasional yang prihatin, PROTON merasakan perlu untuk tampil ke hadapan memberikan bantuan tambahan demi negara dan bangsa Malaysia.

Inisiatif ini bermula 1 Jun 2018 sehingga 31 Disember 2018. Moga selepas ini akan lebih banyak syarikat korporat akan mengambil inisiatif yang sama.

Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018. Ia bertujuan membolehkan rakyat Malaysia sama-sama menyumbang wang ringgit dalam usaha menyelesaikan hutang yang dikatakan sudah mencecah RM1 trilion akibat penyelewengan dan ketidakcekapan kerajaan terdahulu.   

Dalam masa 24 jam, tabung tersebut telahpun mengumpul dana lebih RM7 juta.

Untuk makluman, inisiatif sebegini bukanlah satu perkara yang pelik atau baru. Buktinya, rakyat Korea Selatan pernah memberi sumbangan dalam bentuk emas kepada kerajaan untuk menangani krisis kewangan yang berlaku pada lewat tahun 1990-a

Google ads
Back to top button