Buletin

BABY DEFENDER BAKAL MUNCUL 2022. LEBIH ELEGAN, KOMPAK, MAMPU MILIK

Jaguar Land Rover dijangka akan membangunkan SUV terbaharu model Defender lebih kecil dalam tempoh dua tahun lagi.

Biarpun, model tersebut masih belum memiliki nama tetapi ia mula dipanggil sebagai Baby Defender kerana saiznya yang agak kecil.

Laman web Britain melaporkan, jentera terbaharu berkenaan dijangka mendapat khidmat enjin tiga silinder 1.5 liter dengan pacuan roda hadapan.

Selain itu, ia akan menambah pilihan model versi plug-in hybrid (PHEV) serta varian pacuan empat roda kepada para peminat automotif apabila dilancarkan kelak.

Laporan terdahulu mendakwa model Defender kecil ini dibangunkan berdasarkan platform modular aluminium dengan penawaran dimensi lebih kompak dan mampu milik berbanding saiz biasa.

Land Rover Defender generasi baharu itu dijual pada harga bermula dari £40,000 (RM217,000) manakala Baby Defender dijangka lebih murah iaitu dianggarkan harga bermula dari £25,000 (RM135,000).

Model kecil itu dilaporkan kemungkinan akan diberi nama sebagai Land Rover Defender 80 atau Land Rover 80 malah lebih banyak sub jenama model-model Land Rover mampu milik bakal diperkenalkan kepada pengguna. -carscoops

Google ads
Back to top button