Artikel Pilihan

INI SENARAI KERETA YANG AKAN DIGUNAKAN DALAM FILEM F9

Walaupun kami rasa filem sekuel Fast & Furious terbaru iaitu F9 menjadi semakin merepek, tapi senarai kereta yang akan digunakan sebagai katekter utama dalam filem ini sentiasa dikemaskini. Dalam F9, Dominic Toretto akan bergaduh dengan abang kandungnya sendiri iaitu Jakob Toretto yang juga merupakan seorang pembunuh upahan

Kita bukan nak mengulas jalan cerita F9 yang agak merapu, tapi senarai kereta yang akan digunakan bagi menjayakan filem terbabit. Jika sewaktu mendiang Paul Walker ada dulu, filem Fast& Furious banyak menampilkan model-model JDM. Namun trend ini sedikit berubah dengan lebih banyak model buatan Amerika digunakan, dah macam tengok iklan.

1. Dodge Charger 500 – antara kereta pilihan watak utama dalam filem ini iaitu Dominic Toretto. Dalam F9, Dom akan menggunakan Dodge Charger 500 1968. Model ini diilhamkan dari perlumbaan NASCAR menggunakan enjin Hemi V8 7000cc yang menghasilkan 425 kuasa kuda dan 664Nm tork

2. Acura NSX- juga dikenali dengan nama Honda NSX merupakan pengganti kepada Honda NSX generasi pertama. Berbeza dengan generasi pertama, generasi kedua NSX dikuasakan dengan enjin V6 turbo berkembar dengan gabungan 3 motor elektrik yang dipasang pada bahagian roda bagi menghasilkan 573 kuasa kuda dan 645Nm tork. Ia turut menggabungkan teknologi Super Handling All Wheel Drive dan kotak gear 9 kelajuan DCT

3. Jeep Gladiator – merupakan model terbaru yang diperkenalkan pada tahun 2018 dengan 2 pilihan enjin samaada 3600cc V6 305 kuasa kuda atau 3000cc Ecodiesel turbo yang menghasilkan 240 kuasa kuda. SUV ini akan dipandu oleh si penakut mulut banyak iaitu Tyrese Gibson

4. Noble M600 2018 – sebuah supercar yang dihasilkan di UK dengan cesi gentian karbon, stainless steeldan juga aluminium. Enjin 4400cc yang digunakan menghasilkan 650 kuasa kuda dan 819Nm tork dengan padanan 6 gear manual atau 6 gear semi automatik. Supercar ini berupaya dipandu pada halaju 346km/j

2011 Noble M600 top car rating and specifications

5. Chevrolet Nova SS 1974 – sebab Mia adalah adik kepada Dom, memang la kena pakai muscle car. Nova SS menggunakan enjin 6600cc V8 bagi varian yang paling berkuasa dipadankan dengan transmisi manual. Ia direka dengan konfigurasi FR, iaitu enjin depan pacuan belakang

6. Ford Mustang GT350 – digunakan oleh watak antigonis dalam F9 iaitu John Cena. Model GT350 menggunakan enjin V8 5200cc yang menghasilkan 526 kuasa kuda dan 582Nm tork. Selain hanya ditawarkan dengan transmisi manual 6 kelajuan jenis ringan, model GT350 turut dipadankan dengan brek Brembo, kusyen Recaro dan beberapa komponen gentian karbon untuk mengurangkan berat.

Patutlah dalam filem F9 ini Mustang boleh terbang.

7. Toyota Supra – sama seperti watak Han yang mati tapi tiba-tiba hidup semua, Toyota Supra A80 ditamatkan pengeluaran pada tahun 2002 selepas jualannya makin berkurang. Namun Toyota Supra A90 mula dikeluarkan semula pada tahun 2019, lepas 17 tahun ditamatkan pengeluaran. Haa elok la Supra ni Han pakai, kejap mati kejap hidup.

8. Pontiac Fiero – kereta ini dihasilkan pada tahun 1984 ditawarkan dengan 2 pilihan enjin samaada 2500cc 4 silinder ataupun 2800cc V6. Walaupun model Fiero diletakkan dalam senarai kereta pilihan Ten Best List Car & Driver, Fiero dikritik teruk atas isu prestasi, aspek keselamatan dan juga ketahanan

Namun dengan jualan mencecah 370,168 unit dalam masa 5 tahun menjadikan kereta sport ini agak popular. Nanti anda boleh tonton bagaimana kereta ini dipasang dengn roket untuk terbang.

Ya jika anda ingat filem The Fast & Furious yang pertama ia banyak menampilkan kereta sport marhaen dari Jepun. Namun dengan filem terbaru F9, hanya 2 model Jepun sahaja yang digunakan dalam filem.

Google ads
Back to top button