Artikel Pilihan

FRANKENSTEIN BENZ – HASIL KACUKAN SAINTIS GILA YANG SANGAT ‘OHSEM’

Padanan enjin berkuasa tinggi dengan casis yang kompak memang tidak pernah menghampakan. Ia merupakan satu ramuan yang memang menjadi ketagihan kaki-kaki kereta di seluruh cakerawala. Kalau di Malaysia ia terhad dengan penggunaan enjin-enjin luasa tinggi Jepun (faktor kos mungkin), Mat Salleh ni pula lebih maju dengan kacukan enjin dan casis C36 AMG baru yang kemudian dipadankan dengan bahagian luaran Mercedes-Benz 190E tahun 80-an. Bukan 190E biasa tetapi ia adalah saduran model Evolution yang cukup ikonik.

Tidak ada penukaran enjin dilakukan di sini kerana ia memang masih kekal pada casis C36 AMG asal. Tambahan pula sememangnya cukup sukar untuk membuka sebuah enjin buatan tangan AMG V8 yang cukup mahal ni. Begitu juga dengan kotak gear asal yang memang sudah ditala dengan sempurna untuk enjin ini. Ia juga memudahkan proses dalam menghasilkan Benz Frankestein ni.

Ini merupakan projek yang ditugaskan kepada Piper Motorsport oleh seorang pelanggan yang dirahsiakan identitinya. Untuk memudahkan cerita kereta ini sebenarnya menggunakan enjin, gear, suspensi, brek, papan pemuka, sistem elektronik dan lantai C36 AMG sepenuhnya.

Projek ini dimulakan sejak dari 2013 dan memakan masahampir 5 tahun untuk disiapkan. Kenapa lama sangat nak cantumkan dua model Mercedes ini? nampak memang mudah tetapi perinciannya memang rumit kerana 2 model ini mempunyai dimensi yang berbeza. Ye lah, satu dari tahun 80-an dan satu lagi versi moden.

Seperti disaksikan dalam gambar, pada peringkat permulaan, mereka terpaksa mereka sebuah jig ataupun pelantar untuk mengangkat Merc 190E tersebut untuk disarungkan kepada casis unibodi C36 AMG.

Ia juga bermakna jarak tapak roda yang harus dipendekkan dan pemotongan dari pelbagai sudut untuk mendapatkan penyambungan yang terbaik. Roll-cage tambahan juga dimasukkan dan diselindungkan di sebalik casis agar kelihatan lebih kemas. Menariknya papan pemuka baru boleh dimuatkan tanpa menghadapi benyak masalah.

Bahagian tombol gear kini digantikan dengan versi automatik 7-kelajuan C36 AMG dan pelbagai aksesori asal yang lebih moden.

Bahagian enjin lain pula ceritanya, pengubahsuaian tetang lokasi pendingin minyak, kondenser penyaman udara, dan master selinder brek terpaksa dilakukan kerana kesuntukan ruang. Mana taknya, enjin AMG V8 ini adalah jauh lebih besar berbanding enjin 190E asal. Itu belum termasuk ruang suspensi dan paip ekzos. Ekzosnya kini menggunakan komponen-komponen dari Modern Horsepower dan Borla.

BACA: BRABUS 3.6S LIGHTWEIGHT – MIMPI NGERI KEPADA BMW E30 M3

Macam kami tulis tadi, projek ini juga bertujuan menghasilkan sebuah replika 190E EVOLUTION II yang cukup popular sekitar tahun 90-an. Ia dihasilkan ketika itu khusus untuk menyaingi BMW M3 yang mendominasi pasaran semasa. Jadi sebagai pelengkap, bodykit dan spoiler 190E EVO dilengkapkan padanya.

Tapi paling menarik di mata kami semestinya ialah rim ala-DTM yang dihasilkan oleh Fifteen52. Dahsyat betul penampilannya bila digabungkan dengan bodykit EVO.

Kereta ini dikatakan sudah siap tetapi maklumat lanjut mengenainya belum dikeluarkan. Tapi jangan bimbang kerana di zaman Internet sekejap saja akan ada kaki share yang akan berkongsi cerita mengenainya.

Hmm nampaknya idea gabungan Benz lama dan baru ni memang mengancam habis. Ada tak yang nak gabungkan Datsun Bluebird lama dengan casis dan enjin GTR?

Google ads
Back to top button