,
BuletinMotosikal

HONDA ADV 150 MENANG ANUGERAH MOTOSIKAL TERBAIK 2019!

GridOto Award, anugerah penilaian motosikal dan kereta di Indonesia telah menobatkan motosikal terbaik tahunan mereka. Ya, bukan Panigale, bukan Y suku, bukan juga BMW GS, Tapi Honda ADV150!

Penilaian terhadap anugerah ini dilihat daripada pelbagai sudutu seperti rekaentuk, ciri-ciri, teknologi, pretasi, keselamatan, nilai untuk wang, serta jenis dan jumlah varian.

Bukan sahaja memenangi anugerah Motorcycle of The Year, ADV 150 turut dinobatkan sebagai Best Scooter Matic kategori 150cc.

Berikut ialah keputusan penuh anugerah mengikut kategori yang diumumkan pada awal minggu ini.

Cub110 – 150 cc: Yamaha New MX King

Automatic Scooter
1. Skuter 110-125 cc Entry Level: Honda Genio
2. Skuter110-125 cc High Level: Yamaha LEXI
3. Skuter150 cc: Honda ADV 150
4. SkuterHigh Level 200-250 cc: Yamaha XMAX
5. Skuter Retro 150 cc: Vespa GTS Super 150 i-get
6. Skuter High Level 250 cc-up: Yamaha TMAX DX

Sportbike
1. Sport 150 cc: Yamaha R15
2. Sport 150 cc Naked: Yamaha MT-15
3. Sport 250 cc Fairing: Honda CBR250RR
4. Sport 200-250 cc Naked: Yamaha MT-25.
5. Sport 300-400 cc: KTM Duke 390
6. Sport 150 cc Dual Purpose: Honda CRF150 L
7. Sport 200-400 cc Dual Purpose: Kawasaki KLX 230
Bigbike 500 cc-up: BMW R1250 GS

Special
1. Best Acceleration (0-100 km/jam): Honda CBR250RR
2. Best Fuel Consumption: Honda Genio
3. Best Value: Suzuki NEX II

Pengarah Komunikasi Korporat AHM (Astra Honda Motor), Ahmad Muhibbuddin ketika menyampaikan ucapannya memberitahu bahawa beliau berterima kasih di atas anugerah tersebut. Apatah lagi memenangi anugerah tertinggi Motorcycle Of The Year 2019.

“Sejak kami melancarkan pertama kali pada event GIIAS pada Julai 2019, Honda ADV150 nampaknya dihargai pengguna Indonesia kerana mampu memberikan kelainan dengan rekabentuknya yang unik dan berbeza dengan idea motosikal adventur lebih besar dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang canggih”,

Tags
Google ads
Back to top button