Buletin

HONDA ADV150 – ROOKIE OF THE YEAR INDONESIA 2020

Skuter adventure popular Honda, ADV150 dipilih sebagai penerima anugerah Rookie of the Year dalam sambutan Automotive Awards 2020 di Indonesia. 

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan lagi penguasaan ADV150 dalam segmen skuter di republik berkenaan. 

ADV50 mendapat pengiktirafan tersebut selepas dinilai dari segi reka bentuk, ciri, teknologi, prestasi, posisi tunggangan, pengendalian, penggunaan bahan api dan harga. Penilaian itu dibuat pada April 2019 hingga Februari 2020. 

ADV150 dilengkapi enjin bersesaran 149cc SOHC sejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI. Saiz tangki minyak ialah 7.9 liter.

Antara ciri menarik yang dipasang ialah cermin penghadang angin boleh laras, lampu LED sepenuhnya dan banyak lagi.   

Selain Indonesia dan Filipina, ADV150 turut dipasarkan di Thailand pada hujung tahun lalu. Di sana, jentera tersebut ditawarkan pada harga 97,900 baht atau sekitar RM13,500 seunit. 

Dalam perkembangan berkaitan, Honda Scoopy dinobat sebagai skuter retro saiz sederhana terbaik. Manakala Honda BeAT dipilih sebagai Skuter Kecil Terbaik. Honda CRF150L pula memperoleh anugerah Best Low Dual Purpose. 

Google ads
Back to top button