BuletinMotosikal

HONDA ADV150 MASUK AMERIKA! RM18.7K

Kita sering digambarkan mengenai dunia motosikal di Amerika Syarikat yang berkisar tentang Harley Davidson atau motosikal ubah suai sendiri (custom).

Dengan itu, wujudkah pasaran dan ruang untuk motosikal moped? Ada, tetapi kebanyakannya terdiri dari adventure, super sport, off road berkuasa sederhana dan tinggi.

Motosikal kecil seperti Super Cub C125, Monkey dan Grom dikelompokkan dalam tawaran minimoto. Menarik, bagaimanapun super moped RS150R tidak ditawarkan sama seperti skuter PCX.  

Ini pengumuman terbaru dan menarik Honda yang bakal menawarkan skuter kembara ringan ADV150 di pasaran Amerika Syarikat.

ADV150 adalah model baharu dan popular dengan reka bentuk unik. Karakter jenis kembara ringan, praktikaliti sebuah skuter dan enjin kecil yang menjimatkan.

Pakej itu kemudian diterjemahkan dalam reka bentuk rugged dan ciri menarik seperti suspensi Showa dan sistem Smart Key dengan pencegah kecurian.

ADV150 digerakkan enjin 149cc SOHC sejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI. Saiz tangki minyak ialah 2.1 gelen (7.9 liter).

Suspensi depan jenis teleskopik dibekalkan Showa dan jenama sama pada suspensi twin shocks belakang.

Skuter itu dihentikan brek depan jenis cakera tunggal 240mm dengan fungsi ABS. Brek belakang pula jenis gelendung mekanikal berukuran 130mm.

Tayar depan berukuran 110/80 -14 dan belakang berukuran 130/70-13.

Dari segi kemudahan, ada beberapa ciri praktikal seperti cermin depan dua larasan, ruang simpanan bawah kerusi 27 liter, ruang simpanan depan dua liter dan slot pengecasan 12 volt.

Di AS, hanya satu warna ditawarkan iaitu Matte Black Metallic dan mula memasuki pasaran pada Jun 2020. 

Berapakah harga Honda ADV150 di sana? $4,299 (belum OTR) atau bersamaan RM18,735.

Sebagai perbandingan, Honda ADV150 ABS yang dijual di Indonesia berharga (OTR) IDR37,805,000 atau RM10,054.

BACA: HONDA ADV150 DILANCARKAN DI THAILAND. RM13,551

BACA: 5 FAKTA MENARIK HONDA ADV 150. SKUTER PALING DINANTIKAN TAHUN INI!

BACA: HONDA CT125 HUNTER CUB – KAPCAI JADI SCRAMBLER

Kredit foto: Honda

Tags
Google ads
Back to top button