Buletin

PADA 2012 HONDA ACCORD COUPE DIPERKENAL DI AS – BERKENAN KE?

Amerika Syarikat adalah pasaran utama untuk Honda. Jualan Honda di AS pada 2019 ialah melebihi 1.45 juta unit. Pasaran kenderaan penumpang di sana memang besar, kedua selepas China dengan lebih 17 juta unit pada 2018.

Dengan pasaran yang besar, memang seronok untuk jenama popular seperti Honda. Pelanggan di sana menikmati pelbagai model dan ada di antaranya khusus untuk AS sahaja.

Di antara model khusus ialah Honda Accord Coupe. Model coupe suatu yang tidak asing dan merupakan tradisi Honda di AS sejak dahulu lagi.

Sama seperti model sedan, Accord Coupe generasi kesembilan diperkenalkan di AS pada September 2012.

Pada masa itu, Honda Accord generasi kesembilan lebih mewah, sofistikated dan lengkap berbanding mana-mana generasi sepanjang 37 tahun sejarah Accord.

Di antara kelengkapan standard Accord sewaktu dilancarkan ialah Bluetooth® HandsFreeLink® dengan penstriman audio, integrasi USB/iPod®, kamera undur belakang, skrin informasi/audio dan sistem pemanduan Eco Assist™.

Kelengkapan standard lain ialah kawalan suhu dua zon, integrasi radio internet Pandora® dan fungsi pesanan SMS.

Biasa pada waktu sekarang tetapi premium pada masa itu. 

Senarai kelengkapan standard tersebut ditawarkan pula dengan pilihan tambahan seperti Honda Satellite-Linked Navigation System™ jenis cakera keras (HDD) dengan Pengecaman Suara dan FM Traffic.

Sistem bantuan keselamatan juga ditawarkan pada waktu itu seperti Kawalan Jejalah Adaptif, Honda LaneWatch™, Amaran Pelanggaran Berdepan (FCW) dan Amaran Penukaran Laluan (LDW).

Dari segi varian, Accord Coupe ditawarkan dengan lima pilihan iaitu LX-S, EX, EX-L dan EX-L V6.

Untuk enjin ada tiga pilihan iaitu 2.0L DOHC i-VTEC® dengan transmisi CVT dan enam kelajuan manual (6MT), 3.5L V6 SOHC i-VTEC® VCM (Variable Cylinder Management) enam kelajuan automatik (6AT) dan 3.5L V6 SOHC i-VTEC® 6MT.

Pilihan transmisi manual untuk enjin 2.0L dan 3.5L V6 nampak menggiurkan ditambah pula dengan gaya badan sporty.

Dari segi kuasa, enjin 2.4L mempunyai output 185hp @ 6400 rpm dan tork 245Nm @ 3,900 rpm. Kedua-dua enjin 3.5L V6 berkuasa 278hp @ 6200 rpm dan tork 342Nm @ 4,900 rpm.

Tentang harga, Honda Accord Coupe varian asas 2.4L LX-S Coupe 6MT dijual pada $23,350 manakala varian paling premium EX-L V-6 Coupe Navi 6AT pada $32,350.

Pada yang berkenan, adalah suatu yang mustahil untuk memilik Accord Coupe di sini melainkan anda memiliki permit import atau pelajar di AS.

BACA: PADA 2003, HONDA ODYSSEY RB1 DIPERKENAL DI JEPUN

BACA: HONDA STEPWGN 2020, ALTERNATIF KEPADA ODYSSEY

BACA: MPV BESAR JEPUN YANG SANGAT MAMPU MILIK – HONDA LA GREAT

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button