Buletin

HONDA MALAYSIA SERAH CIVIC e:HEV RS KEPADA PELANGGAN PERTAMA. TERIMA AKSESORI DAN BARANGAN RASMI BERNILAI RM4,000

Honda Malaysia hari ini mengadakan satu majlis khas di MH Prestige Auto Sdn. Bhd. bagi meraikan pemilik pertama Civic e:HEV RS, Chin Kok Fung. 

Sebagai tanda penghargaan, Chin turut menerima aksesori dan barangan rasmi Honda bernilai RM4,000. 

“Kami gembira kerana dapat melancarkan varian baharu ini yang merupakan pertama kali Civic menerima rangkaian kuasa 2.0L e:HEV. Sehingga kini, kami sudah menyerahkan lebih 180 unit Civic e:HEV RS kepada pelanggan. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberi sokongan dan kepercayaan ke atas jenama Honda. Honda Malaysia sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menyerahkan model baharu kepada pelanggan dalam kualiti terbaik.,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.

Menurut Chin, dia sememangnya peminat kereta berprestasi. Apabila Honda memperkenalkan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV dia berasa kagum dengan teknologi dan prestasi yang ditawarkannya. 

Civic e:HEV RS hadir dengan reka bentuk sporty bersama bodykit RS, selain kemasan krom pada bahagian dalam lampu utama, gril hadapan, hendal pintu krom gelap, rim dua tona bersaiz 18 inci, logo H berwarna biru dan emblem e:HEV. 

Rangkaian kuasa e:HEV yang terdiri daripada dua motor elektrik, kotak gear e-CVT serta Intelligent Power Unit (IPU) mampu menjana kuasa mencecah 184PS dan tork 315Nm.  

Google ads
Back to top button