Buletin

HONDA BUKA ‘PROVING GROUND’ DI THAILAND – KETIGA DI DUNIA SELEPAS JEPUN DAN AS

Pada 20 Julai lepas, Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) telah merasmikan satu lapangan ujian (proving ground) yang dikenali sebagai di Kawasan Perindustrian Rojana, Prachinburi, Thailand. Fasiliti itu dikenali sebagai Honda R&D Asia Pacific Prachinburi Proving Ground.

Apakah istimewanya lapangan ujian ini? Ia bukan sahaja dibina untuk menguji kereta malah merangkumi motosikal dengan ciri-ciri unik yang dibina khusus untuk rantau Asia dan Oceania. Honda telah melabur sebanyak THB 1.7 bilion (RM217.4 juta) untuk projek ini yang mempunyai lapan medan ujian baharu dengan keluasan 800,000 meter persegi.

Lebih istimewa, fasiliti milik Honda itu adalah yang ketiga di dunia selepas Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

BACA: HONDA CUB, 100 HARI, 18,000KM – LELAKI KOREA INI BUKTIKAN CINTANYA PADA NURBURGRING

Lapangan ujian Prachinburi mempunyai kemudahan untuk menguji pengendalian, kestabilan dan prestasi keseluruhan bagi produk yang dibangunkan khusus untuk rantau Asia dan Oceania. Kemudahan itu juga dapat menambah baik produk Honda untuk pasaran sebelah sini. Kemudan yang ada juga dijangka digunakan untuk pasaran luar memandangkan ia salah satu dari tiga fasiliti milik Honda di dunia.

Berikut ialah butiran mengenai Lapangan Ujian HRAP Prachinburi:

  1. Mempunyai lapan medan ujian sebagai simulasi kepada pelbagai permukaan jalan dan bentuk bumi
  2. Jarak keseluruhan ialah kira-kira lapan kilometer dengan medan ujian seperti di bawah:

Litar Oval 

  •  Litar berjarak 2.8KM – Digunakan untuk menguji prestasi kenderaan pada kelajuan tinggi dan ujian lain seperti tahap bunyi angin dalam kenderaan dan pengemudian semasa pengawalan (steering while controlling)

Litar Berliku

  • Litar berjarak 1.38KM – Digunakan untuk ujian prestasi umum seperti keberkesanan sistem brek dan kestabilan kenderaan. Litar ini adalah simulasi kepada ketinggian bumi yang berbeza dan mempunyai 17 selekoh dan titik buta (blind spot)

Medan Ujian Dinamik Kenderaan

  • Tambahan kepada Litar Oval. Digunakan untuk menguji kestabilan kenderaan pada kelajuan tinggi dan kecekapan pembrekan semasa selekoh tajam

Litar Basah

  • Litar dengan simulasi jalan basah dan licin. Digunakan untuk menguji kesan jalan basah pada prestasi kenderaan. Litar ini mempunyai jalan dengan air bertakung, air percikan dan jalan sewaktu pembrekan dalam keadaan basah. Lebih menarik tahap kedalaman air boleh diubah dari sifar hingga 1,000 mm sebagai simulasi sebenar kenderaan banjir yang sering berlaku di Asia.
  • Ia juga untuk menguji tahap kalis air dan kesan kepada enjin

Litar Pemanduan Jalan (Ride Road)

  • Litar yang mempunyai pelbagai simulasi permukaan jalan yang terdapat di negara-negara Asian dan Ocenia. Digunakan untuk menguji prestasi umum di atas pelbagai permukaan jalan. Ia mempunyai lapan jenis jalan seperti lebuh raya konkrit dan permukaan bising menggunakan asfalt rosak dan sedikit condong (camber road)

Litar dengan Permukaan Istimewa

  • Litar untuk simulasi jalan permukaan kasar yang direka menggunakan teknologi 3D. Digunakan untuk menguji ketahanan bahagian bawah kenderaan. Litar ini mengandungi lapan jalan termasuk Pemecah Kelajuan dan lorong Konkrit Kasar

Litar Curam

  • Litar untuk menguji kekuatan enjin dan prestasi pembrekan

Litar Lurus

  • Litar dengan jarak 1.2 KM untuk menguji penggunaan bahan api dan pecutan

Satu lagi fakta menarik tentang Lapangan Ujian HRAP Prachinburi ialah ia turut mempunyai kawasan berumput. Bukan untuk hiasan atau landskap semata-mata tetapi untuk menguji produk mesin penjagaan berkaitan rumput Honda!

BACA: 10 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG LAGENDA LITAR NURBURGRING

Galeri gambar Lapangan Ujian HRAP Prachinburi

Google ads
Back to top button