Artikel PilihanMotosikal

HONDA CBR650R. SPORTSBIKE 4 SELINDER, RM45K, MURAH KAN?

Pertama sekali, anda perlu tahu yang CBR650R ni bukanlah model gantian CBR600RR. Ia dua buah motor yang berlainan. Tak sama langsung.

CBR650R ni lebih kepada “sport cruiser” berbanding sportbike. posisi tunggangan, respon enjin, brek dan suspensinya lebih soft berbanding sebuah sportbike yang direka lebih agresif.

Garis-garis tajam, agresif dan fairing sisi CBR650R 2019 sememangnya diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade dengan bahagian belakang yang pendek dan lampu LED berkembar nipis. 

CBR650R adalah 6kg lebih ringan berbanding CBR650F (model gantian). Ia menawarkan posisi tunggangan yang lebih sporty, di mana bar hendal diposisikan 30mm ke hadapan.

Enjin empat silinder sebaris menawarkan rev 1,000rpm lebih tinggi,. Sekali gus mampu menjana 5% lagi kuasa dengan output maksimum 70kW yang pada putaran enjin 12,000rpm.

Ia kemudian dipadankan bersama chasis yang unggul dan kemas, sesuai dengan nama ‘R’ yang dibawanya itu. 

CBR650R hadir dengan spesikasi canggih: 41mm SHOWA upside-down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan empat omboh dengan pemasangan radial, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk penukaran gear yang lebih lancar.

Bukan itu sahaja, CBR650R dilengkapi pelbagai ciri yang praktikal seperti lampu LED penuh serta paparan instrument LCD.

Ia kini mempunyai paparan Posisi Gear, indikator Shift Up dan isyarat berhenti kecemasan bagi tujuan keselamatan. 

Honda CBR650R akan hadir dalam dua pilihan warna iaitu merah (Grand Prix Red) dan hitam (Gunpowder Black Metallic).

Untuk lebih faham, nah tonton video di bawah

Google ads
Back to top button