Buletin

HONDA CBR250RR 2023 DENGAN ENJIN LEBIH POWER

Selepas enam tahun pengenalan, Astra Honda Motor baru-baru ini melancarkan versi kemaskini terhadap sportsbike bersesaran 250 cc mereka, iaitu Honda CBR250RR 2023.

Ia masih lagi mengekalkan platform yang sama seperti model terdahulu, dan dikemaskan dengan penampilan yang lebih sporti, seperti rekaan fairing baharu, muka depan dan cover tangki bahan api.

Enjin 249.7 cc parallel-twin pada jentera CBR250RR 2023 itu kini berupaya menawarkan kuasa maksimum 42 PS @ 13,000 rpm (varian SP dan SP QS), manakala varian standard pula mengekalkan talaan asal 41 PS @ 13,000 rpm.

Antara penambahbaikan lain termasuklah fork hadapan jenis terbalik SFF-BP serta lampu isyarat kecemasan.

Honda CBR250RR 2023 facelift ini dijual pada harga bermula dari Rp 62,850,000 (RM19,074) di pasaran Indonesia. – Arena Motosikal

Google ads
Back to top button