Peranti

HUAWAI NOVA 7i 2020. KHAS UNTUK MEREKA YANG SUKA SELFIE DAN BOLEH NAMPAK LEBIH KURUS!

Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China yang menawarkan Huawei Nova 7i baharu.

Ketika Huawei pertama kali memperkenalkan siri Nova, ia nyata menarik perhatian dunia menerusi pengenalan dua kamera swafoto (selfie) yang memberikan sudut keemasan di dalam swafoto.

Nova 7i mengambil swafoto ke tahap seterusnya dengan fungsi kamera video yang tiada tandingan.

Kamera pada telefon tahap pertengahan ini hadir dengan kelainan. Bukan kamera swafoto generik, ia sebaliknya menawarkan kamera video swafoto yang memiliki ciri-ciri tambahan seperti stickers, filters dan kesan-kesan khas.

Sama ada TikTok atau video Instagram, ciri-ciri ini dapat digunakan dengan lancar kerana semuanya disepadukan bersama kamera HDR. Tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan!

Di dalam era di mana panggilan video semakin kerap, Nova 7i menjadi telefon pertama Huawei yang memperkenalkan  ciri panggilan video binaan dalam dikenali sebagai MeeTime.

Imej dan audio panggilan video kini lebih berkualiti baik, hasil gabungan kamera swafoto bercahaya rendah Huawei, bersama fungsi pembesar suara dan mikrofon pada telefon.

Pengguna tidak perlu bimbang untuk mencari kawasan terang agar orang dihubungi dapat melihat wajah anda semasa panggilan. MeeTime dibina ke dalam OS, maka pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi lain bagi menikmati ciri tersebut.

Di bahagian belakang, kamera quad 48MP menawarkan ciri ultraluas khusus dan makro. Nova 7i didatangkan dengan kamera belakang 26mm (luas) F/1.8 dan HDR yang membolehkan kamera menyerap lebih banyak cahaya. Sekali gus menjadikan gambar dan video lebih cantik, walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.

Kamera itu juga memiliki ciri luar biasa yang bakal menjadikannya kegemaran ramai sepanjang masa – kesan kurus baharu!

Ia berfungsi secara eksklusif pada kamera belakang dengan fungsi video, membolehkan setiap pengguna untuk “mengurangkan” beberapa kilogram badan hasil daripada juadah perayaan atau sekadar untuk suka-suka dan video lawak dengan orang tercinta.

Ciri kurus ini membolehkan seseorang yang direkod pada video kelihatan sedikit kurus secara semulajadi. Jadi anda tidak perlu bersusah-payah mencari sudut terbaik bagi merakam video!

Nova 7i menggunakan paparan LCD LTPS IPS bersaiz 6.4 inci dengan warna 16M. Paparan itu memliki nisbah paparan ke badan 83.5% dengan resolusi 1080 X 2310 piksel. Bagi meningkatkan lagi pengalaman, pengimbas cap jari memudahkan pengguna untuk membuka kunci telefon.

Telefon pintar itu dikuasakan oleh pemprosesan serba baharu iaitu octa-core HiSilicon Kirin 810. Digandingkan bersama 8GB RAM, memori dalaman 128GB dan menyokong slot kad memori nano sehingga 256GB, telefon itu dibina agar lebih menyerlah.  

Bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini, Huawei memasang bateri 4200mAH pada Nova 7i yang mampu bertahan sehingga sehari penuh. Selain itu, Nova 7i menawarkan pengecas Super 40W yang memberikan 70% bateri dalam masa 30 minit sahaja.

Kesimpulannya, Nova 7i ialah telefon tahap pertengahan yang menawarkan ciri-ciri telefon premium. 

Jadilah orang pertama memiliki telefon kamera video swafoto ini. Harganya akan diumumkan bersama butiran siri jelajah tidak lama lagi.  

Maklumat lanjut, sila layari: http://consumer.HUAWEI.com atau Facebook:  www.facebook.com/HUAWEIMobileMY

Google ads
Back to top button