Buletin

HONDA CITY BAHARU KINI LEBIH BERBALOI!

Nampaknya tagline Honda City baharu iaitu “Stun the City” memang tepat sekali. Sejak dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac lalu, ia ternyata memukau pengguna di seluruh negara.

Buktinya, dalam tempoh hanya sepuluh hari, tempahan City sudah mencecah lebih 2,000 unit. Sebenarnya, ia merupakan angka sasaran jualan City yang telah ditetapkan Honda Malaysia untuk tempoh satu bulan.

Persoalannya, apa yang membuatkan City begitu menarik di mata para pengguna? Secara umumnya, City memberi nilai terbaik kepada wang anda. Bayangkan, dengan harga segmen B, anda dapat menikmati ciri rekaan seperti kereta segmen C serta keluasan seakan-akan sedan dari segmen D. Jadi, apa lagi yang anda mahu?

Selain itu, Honda Malaysia berjaya mengekalkan harga City seperti sebelumnya. Kini, anda boleh memiliki City pada harga bermula RM78,300 hingga RM92,000 seunit. Pendek kata, dengan harga yang tidak berubah berbanding model sebelumnya, pengguna dapat menikmati ciri-ciri yang telah dipertingkatkan pada City baharu ini.

Berbeza dengan sebelumnya, City  baharu didatangkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Sedia maklum bahawa varian V menerima banyak ciri baru yang membuatkannya nampak begitu mewah dan lengkap.

Antaranya termasuklah Lampu Depan LED, Lampu Kabus Hadapan LED, Ducktail Spoiler dengan Lampu Brek LED, tempat duduk kulit dan Lampu Belakang LED.

Tetapi bagaimana pula varian yang lebih rendah terutama S? Jangan bimbang kerana Honda Malaysia bermurah hati menyediakan beberapa ciri standard pada semua varian City keluarannya.

Antara yang paling ketara ialah Lampu Pencahayaan Siang LED (DRL). Ia bukan sekadar bersifat kosmetik semata-mata, malah mampu meningkatkan lagi tahap keselamatan sedan ini.

Penampilan City kini diserlahkan lagi menerusi padanan Rim Aloi Dua Tona rekaan baru. Varian V menerima rim bersaiz 16 inci, manakala varian S dan E bersaiz 15 inci.

Bagi memberi kemudahan kepada pemandu dan penumpang, City ini turut dilengkapi ciri butang penghidup enjin serta sistem akses pintar pada semua varian. Jadi, anda tidak perlu lagi terkial-kial mencari kunci kereta di dalam beg atau poket seluar. Cuma buka pintu, tekan butang dan pandu!

Tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan, City hadir bersama ciri Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) demi memberi ketenangan minda kepada semua pemilik City.

Sedia maklum bahawa Honda bijak dalam memaksimum ruang kabin dan City baharu ini tidak terkecuali. Dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat konfigurasi 60:40, ruang kargo boleh ditingkatkan sekelip mata dan urusan membawa lebih banyak barang menjadi lebih mudah.

Berbeza dengan model terdahulu, cermin sisi City akan dilipat secara automatik apabila kereta dikunci dan dibuka. Ia bukan sahaja berguna ketika memarkir kenderaan di tempat yang sempit. Malah,ia secara tidak langsung berperanan memberitahu pemandu bahawa pintu sudah dikunci dengan selamat.

Untuk makluman, jika anda mendaftar Honda City baharu sebelum 31 Mac 2017, anda dapat menikmati 2 tahun servis percuma (pada alatan dan caj buruh) bernilai lebih RM1,083.97.

Sekarang anda makin jelas mengapa City baharu sangat berbaloi bukan? Untuk maklumat lanjut, layari Honda.com.my sekarang.

BACA: SENARAI USP HONDA CITY FACELIFT YANG PERLU ANDA TAHU

BACA: HONDA CITY CATAT TEMPAHAN 2,000 DALAM MASA 10 HARI!

Google ads
Back to top button