Buletin

HONDA CITY RS DILENGKAPI I-MMD, 253 NM. LEBIH KUASA, SPORTY, HENSEM. GUNA HONDA SENSING?

Jenama Honda merupakan antara jentera pilihan pengguna automotif di negara ini. Justeru, tidak hairan, mengapa model terbaharu City ditunggu penggemar jenama ini.

Apa yang menarik tentang model kali ini ialah varian paling power iaitu Honda City RS.

Jentera terbaharu ini mendapat khidmat enjin 1.5 liter hibrid aspirasi natural (NA) dilengkapi bantuan sistem i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive).  

Sistem i-MMD baharu yang juga dikenali di peringkat global sebagai e:HEV ini mampu memberi elektrifikasi kecekapan tinggi, digabungkan bersama maklum balas terus dan lancar.

Lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara pertama di peringkat global menerima trenkuasa hibrid baharu ini.

Selain itu, City RS menampilkan imej yang lebih sporty dan garang dilengkapi kit RS.

Jentera terbaharu ini didatangkan bersama rekaan gril hadapan dan perumah cermin sisi berwarna hitam.  

Ia turut dilengkapi rekaan lampu utama LED dan lampu belakang  LED lebih moden, spoiler belakang serta rim aluminium 16 inci dengan warna dua tona.

Bagi memastikan sentuhan eksklusif pada model terbaharu ini, ia diperkemaskan dengan logo RS berwarna merah.

Bagaimanapun, Honda masih tidak mendedahkan kemasan dalaman untuk tatapan khalayak. Kalau bahagian luaran dah ngam, rasanya bahagian kabin pun mantap.

Honda City RS turut didatangkan ciri keselamatan Honda LaneWatch membolehkan pemandu memantau kawasan titik buta dan ciri brek parkir elektrik (EPB).

Difahamkan, jentera baharu ini turut didatangkan bersama teknologi sistem bantuan pemandu, Honda Sensing.

Dengan teknologi tersebut, jentera ini bukan sahaja akan memberi keselesaan dan sifat sporty pada pembeli tetapi mengutamakan keselamatan.

Google ads
Back to top button