Buletin

HYUNDAI, ELLEN DEGENERES HADIAHKAN FRONTLINER PALISADE

Hyundai menjalin kolaboratif bersama selebriti bual bicara, Ellen Degeneres menghargai pengorbanan pekerja barisan hadapan yang berdepan pandemik Covid-19.

Dalam program dikenali sebagai Ellen’s Hyundai Fun Days yang berlangsung selama sebulan, ia telah menghadiahkan beberapa buah kenderaan kepada keluarga pekerja barisan hadapan.

Para pekerja dan keluarga berkenaan dikejutkan dengan menerima kunci kereta baharu Hyundai Palisade 2021 dalam program tersebut.

Terbaharu, seorang ibu tunggal yang bertugas sebagai jururawat, Shirley menerima kenderaan berkenaan. Dia terpaksa meninggalkan tiga anak perempuannya di Texas kerana perlu bertugas di New York City dalam memerangi pandemik Covid-19.

Dalam program itu, Ellen berbicara tentang pengalaman Shirley sebagai petugas barisan hadapan sebelum menyerahkan sebuah kotak berisi wang tunai AS$15,000 (RM 61,372) pemberian daripada Hyundai.

Dia turut memaklumkan kepada Shirley dan tiga anaknya terdapat hadiah lain buat mereka tetapi perlu keluar dari studio terlebih dahulu.

Shirley yang mengalirkan air mata menerima kunci baharu Palisade.

Hyundai Palisade dinobatkan sebagai kenderaan Family Fun Award 2020 oleh CarBuzz.

Selain Shirley, seorang penyelamat bomba yang turut menjadi pemandu ambulans, Jerwayne dan isterinya, Shawanda dikejutkan dengan pemberian jentera sama bersama hadiah wang tunai AS$50,000 (RM 204,575).

Jerwayne merupakan bapa kepada tujuh orang anak malah lima daripada anaknya adalah anak angkat dan amat sesuai menggunakan jentera Palisade. – carbuzz

Google ads
Back to top button