Buletin

HONDA CIVIC DI MY AUTO FEST 2016

Honda Civic generasi ke-10 melakukan debut pertamanya pada acara My Auto Fest 2016.

Honda-Civic-gen-10-MIECC-mekanika (1)

Sedan itu didedahkan kepada umum oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Honda Civic tampil dengan warna perak yang baru (Lunar Silver Metallic). Anda boleh mula menempahnya di sana. Sebagaimana sedia maklum, Civic akan ditawarkan dengan dua varian enjin iaitu 1.5L VTEC Turbocharged dan 1.8L i-VTEC.

Honda-Civic-gen-10-MIECC-mekanika (3)

My Auto Fest 2016 berlangsung mulai hari ini hingga Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Selain melihat Civic secara dekat, pengunjung juga boleh menempah model-model Honda yang lain seperti Jazz, City, HR-V dan CR-V dengan diskaun sehingga  RM9,900!

Honda-Civic-gen-10-MIECC-mekanika (4)

Tidak cukup? Cabutan bertuah, jualan barangan Honda, ruang kanak-kanak dan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi My Auto Fest 2016 hari ini.

Google ads
Back to top button