Motosikal

HONDA BeAT CATAT JUALAN 10 JUTA UNIT DI INDONESIA

PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini mengumumkan bahawa Honda BeAT berjaya mencatat jualan mencecah 10 juta unit di republik berkenaan sehingga Februari 2016. Β 

Honda-BeAT-Indonesia-mekanika (4)

Angka tersebut menjadikan BeAT sebagai skuter Honda paling laris di dunia. Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan BeAT selaku pilihan utama dalam kalangan pengguna di Indonesia.

Honda BeAT mula dilancarkan di sana pada tahun 2008. Pada tujuh bulan pertama, jualannya melonjak kepada 208,490 unit dan terus meningkat menjadi lebih dua juta pada tahun 2014.

Honda-BeAT-Indonesia-mekanika (5)

BeAT kini sudah berada dalam generasi ketiga. Ia dilengkapi enjin dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP) bersesaran 100cc bersama penghidup ACG yang Β berkuasa dan sangat menjimatkan.

Skuter ini juga mengaplikasikan ciri Idling Stop System (ISS) yang berfungsi mematikan enjin ketika berhenti lebih tiga saat. Penunggang hanya perlu memulas pendikit untuk menghidupkannya semula.

Honda-BeAT-Indonesia-mekanika (1)

Untuk tujuan keselamatan, BeAT eSP dilengkapi Side Stand Switch. Maksudnya, enjin tidak akan dapat dihidupkan selagi tongkat motor diturunkan.

Pada Disember 2014, AHM memperkenalkan dua varian baharu iaitu BeAT eSP danΒ  BeAT POP eSP untuk merancakkan lagi permintaan terhadapnya.

kredit foto: PT Astra Honda Motor (AHM)

Google ads
Back to top button