Buletin

HONDA CIVIC SPORT LINE UK. ENJIN 1.0L 3 SELINDER TURBO, GAYAAN TYPE-R

Selepas memperkenalkan model tahun 2020 yang tidak menunjukkan perubahan ketara, Honda melancarkan pula varian Civic Sport Line untuk pasaran United Kingdom (UK).  

 Civic Sport Line 2020 yang dihasil atas varian EX menggabungkan gayaan model Type-R selain dijana oleh enjin turbo tiga selinder bersesaran 1.0 liter.

Mampu menghasilkan kuasa sehingga 126PS dan tork 200Nm, enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau CVT bersama paddle shifter.

Bahagian hadapan dipasang dengan skirting hadapan dan sisi, peresap udara dan spoiler belakang. Ia juga dilengkapi rim aloi bersaiz 17 inci berkilat, kemasan hitam piano, lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Varian itu didatangkan dalam warna biru yang baru.   

Ruang kabin diserlahkan dengan jahitan benang merah pada tempat duduk, stereng, panel pintu serta pedal aluminium. Senarai ciri standard ternasuklah sistem infohibur Honda Connect dengan radio DAB, Apple CarPlay, Android Auto dan kamera undur.

Sama seperti varian Civic yang lain, Sport Line dilengkapi sistem keselamatan Honda SENSING.

Ia merangkumi Collision Mitigation Braking System, Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Keeping Assist System dan Traffic Sign Recognition. Sementara varian tertinggi menerima ciri tambahan Blind Spot Information, Cross Traffic Monitor dan Low Speed Follow.

Di UK, Civic Sport Line ditawarkan pada harga bermula £25,510 (RM139,500) untuk varian manual dan £26,910 (RM147,000) bagi CVT. Penyerahan bakal bermula pada Januari 2020.

GALERI

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button