
PEGAWAI POLIS NYPD BAWA NISSAN GT-R DAN LANGGAR MATI ORANG AWAM DITAHAN
Jabatan Polis New York (NYPD) dilapor telah menahan seorang pegawainya berikutan satu kemalangan maut.
Pegawai yang tidak bertugas itu dikatakan memandu sebuah Nissan GT-R dan melanggar sebuah Mazda6 dari arah sisi sekitar jam 5 pagi. Pelanggaran kuat itu menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum melanggar tiang telefon.
Seorang saksi memberitahu dia mendengar bunyi tayar berdecit dentuman yang sangat kuat. Sekeping gambar yang dikongsi oleh NYPD menunjukkan pegawai polis itu, Rohan Shaw melanggar bahagian penumpang Mazda6.
Mazda6 itu dikatakan melanggar papan tanda berhenti sebelum kemalangan. Pemandunya didakwa melarikan diri dari lokasi kejadian. Pasukan penyelamat yang tiba kemudian cuba untuk menyelamatkan dua orang mangsa dikenali sebagai Joanna Dixon dan Nia Reynolds.
Dixon kemudian dilaporkan meninggal dunia di hospital berdekatan Reynolds masih berada dalam keadaan parah.
Shaw yang tidak cedera ditahan atas tuduhan melanggar had kelajuan, memandu ketika mabuk, cuai dan membunuh menggunakan kenderaan.