Buletin

HYUNDAI DAN KIA TAMBAH BILANGAN KENDERAAN ELEKTRIK DI AMERIKA UTARA, KEKAL DAYA SAING

Hyundai dan Kia mungkin perlu menambah bilangan kenderaan elektrik yang mereka hasilkan di Amerika Utara untuk kekal berdaya saing.

Senat A.S. baru-baru ini meluluskan draf pertama Akta Pengurangan Inflasi pada hari Ahad yang turut menggariskan subsidi EV akan ditawarkan pada masa akan datang. Presiden A.S. Joe Biden dijangka menandatangani rang undang-undang itu selepas pengundian dewan selewatnya minggu ini.

Didalam rang undang-undang turut merangkumi pakej rangsangan hijau bernilai RM164 bilion ($369 bilion) yang akan memberikan subsidi sebanyak RM33K ($7,500) untuk setiap EV individu yang dihasilkan di Amerika Utara dan termasuk juga bateri yang dihasilkan di A.S.

Sesetengah pemerhati industri bimbang bahawa Hyundai dan Kia boleh kehilangan tempat kepada pesaing mereka kerana mereka pada masa ini tidak mempunyai sebarang kemudahan pengeluaran EV di Amerika Utara dan buat pada masa ini, Hyundai dan Kia membina kedua-dua Ioniq 5 dan EV6 di Korea.

The Korea Times menyatakan bahawa rancangan Hyundai Motor Group boleh disebabkan oleh pengaruhi kesatuan buruh di Korea. Perjanjian kolektif dengan kesatuan bermakna persetujuan bersama diperlukan sebelum pembuat kereta dapat memindahkan pengeluaran model keluar dari Korea.

Google ads
Back to top button