
SANGGUP HONDA CR-V ROSAK DARIPADA BAYAR DENDA BUKA KUNCI TAYAR
Satu klip video yang menunjukkan seorang lelaki memandu sebuah SUV yang telah dikunci tayarnya (clamp) tular di media sosial.
Video berdurasi 45 saat yang dikongsi di aplikasi TikTok itu memaparkan dua orang pengawal keselamatan wanita berjalan ke arah sebuah Honda CR-V dan mengambil sekeping kertas di atas cermin utama kereta di sebelahnya. Kemudian, seorang lelaki yang diperyai pemilik CR-V berkenaan masuk ke dalam kenderaan dan memandunya.
Jelas kelihatan bahawa tayar hadapan sebelah kanan telah dikunci dengan clamp berwarna kuning. Berbeza dengan orang lain yang meminta kunci itu dibuka, dia sebaliknya terus mengundurkan kereta. Tindakan itu menyebabkan arca roda pecah, sebelum clamp itu tercabut dan tersangkut sekejap di bahagian bawah kenderaan.
Pemandu itu kemudian bertindak meneruskan perjalanan dan melanggar clamp yang nyata sudah rosak. Namun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian ini berlaku.
Ketika artikel ini ditulis, video yang dikongsi oleh Facebook Isu Semasa Apa Hari Ini (iSAHI) telah menerima lebih 446 Likes, 75 perkongsian dan 134 komen. Ramai netizen yang menulis pelbagai kapsyen mencuit hati. Antaranya ialah Suhaimi Ahmad yang menulis: “Tek ketum, mesti gam Dunlop.”
- BACA: 9 KUNCI KERETA YANG PALING MENARIK PERNAH DIHASILKAN
- BACA: HONDA VARIO 150 2020. 3 WARNA BAHARU, BREK CBS, SISTEM KUNCI PINTAR. BERMULA RM7,499
- BACA: PEMILIK FERRARI F8 TRIBUTO BARU PEGANG KUNCI 6 JAM SEBELUM KEMALANGAN
- BACA: DISAMAN KERANA TIADA PARKIR MOTOR! AYUH BIKERS. BANGKIT DAN PERTAHANKAN HAK KITA!