Buletin

HONDA CR-V MUGEN EDISI TERHAD – 300 UNIT SAHAJA, BERMULA RM152.9K

Honda Malaysia hari ini melancarkan edisi terhad CR-V dengan bodykit Mugen yang pernah membuat penampilan pertama kali pada acara  Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). 

CR-V Mugen Edisi Terhad  akan didatangkan dalam varian 1.5L Turbocharged 2WD dan ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja. Mugen yang bermaksud ‘Tiada Had’ memang terkenal dalam kalangan peminat jenama Honda di Malaysia dengan penampilan sporty dan berani. 

CR-V Mugen kini tampil lebih menyerlah dengan kit luaran Mugen seperti spoiler hadapan, kemasan gril, kemasasn sisi, spoiler belakang dan emblem Mugen. Model Edisi terhad itu didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan merah mutiara. 

Dengan enjin turbo dan reka bentuk lebih dinamik, CR-V Mugen Edisi Terhad akan menawarkan satu pilihan baru kepada pemandu yang mahukan sebuah SUV menarik. 

“Awal tahun ini, kami telah memperkenalkan dua edisi khas iaitu Jazz Mugen and BR-V Edisi Khas. Berdasarkan kepada maklum balas pasaran yang memberangsangkan, kami tawarkan pula CR-V edisi terhad,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

CR-V Mugen Edisi Terhad ditawarkan pada harga RM152,900 untuk warna merah mutiara dan RM153,300 (putih mutiara).

Sempena pelancaran model baharu ini, pelanggan yang mengambil bahagian dalam sesi pandu uji CR-V berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM100,000. 

CR-V merupakan model pertama yang dipasang tempatan oleh Honda Malaysia pada tahun 2003 dan sudah terjual lebih 95,000 unit di Malaysia sehingga Jun 2019. 

Google ads
Back to top button