;
Motosikal

HONDA BAKAL LANCAR X-ADV 150 KE PASARAN INDONESIA? HARGA MUNGKIN SEKITAR RM9,700 SEUNIT

Akhirnya apa yang ditunggu bakal tiba. Honda dilapor bakal memperkenalkan motosikal X-ADV 150 pada acara Gaikindo Indonesia Auto Show 2019 (GIIAS) yang berlangsung hari ini.

Berita itu tersebar selepas satu klip video dikongsi di aplikasi Whatsapp. Sejumlah wartawan pemotoran juga didakwa telah melihat jentera tersebut.

Video yang bertajuk Yamaha NMAX killer itu agak jelas menunjukkan bahagian hadapan dan sisi kanan motosikal automatik adventure.

Apabila ditanya kepada pijak Astra Honda Motor (AHM), ia mengakui akan melancarkan sebuah model automatik.

Di pasaran Indonesia, jentera itu akan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Yamaha NMAX 150 dan Honda PCX 150. Jadi harganya mungkin sekitar 33 juta rupiah (Yamaha NMAX ABS) iaitu RM9,700 seunit.

Mengimbau semula kewujudkan Honda X-ADV, jentera yang dikuaskan oleh enjin 750cc itu pada awalnya dilihat dengan penuh skeptikal.

Ya lah, mana ada pengeluar yang terfikir untuk buat sebuah model adventure dengan kotak gear automatik. Apatah lagi rekaannya juga agak futuristik.

Namun, Honda berjaya menangkis semua itu apabila X-ADV yang dibina daripada kerangka model NC itu menerima maklum balas positif di seluruh dunia.

Saya yakin ramai yang tidak sabar menunggu ketibaan X-ADV 150 ke pasaran tempatan. Harap harganya tidak lah Yahudi sangat.

Tags
Google ads
Back to top button