Buletin

HONDA CRV 2017 – DIKUASAKAN ENJIN TURBO 1.5L, 190HP.

Rasanya macam baru sangat Honda CR-V dilancarkan oleh Honda Malaysia. Dalam tak sedar ia dah pun sampai ke penghujung hayat. Di Amerika Syarikat, Honda USA telah mengumumkan penggantian model semasa mereka bagi tahun 2017.

Realitinya, setiapkali Civic baru diperkenalkan, pasti model yang berkongsi platform ini akan digantikan juga. CR-V merupakan model penting di Amerika dengan jualan melebihi 4 juta unit sejak diperkenalkan lebih sedekad yang lalu.

Honda memandang serius persaingan antara Toyota Rav4, Subaru Forester, Mazda CX5 dan Ford Escape. Jika mengikut poliferasi model, ia adalah yang pertama menerima enjin setinggi 190hp, terima kasih kepada 1.5 liter Civic. Sebelum ini, varian tertinggi CR-V datangnya dari versi 2.4 liter berkuasa 180hp.

crv 2017 (1)

Rekabentuknya sangat revolusi. Tak pernah lagi Honda CR-V nampak segagah ini sejak dari model pertamanya pada 1997. Kami berpendapat, ia lebih cenderung kepada bentuk premium Eropah seperti Volvo. Gugusan lampu belakang, garis sisi dan profil bahagian hadapannya kelihatan cukup berbeza dari DNA sebuah SUV jenama Jepun.

Model baru ini didatangkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sebelum ini kedengaran bahawa CR-V bakal dialihkan kepasaran SUV 7 tempat duduk tetapi jelas ia masih lagi ditawarkan dengan kapasiti 5 penumpang.

crv 2017 (5)

Jika CR-V sekarang pun kita dah rasa besar, model 2017 ini semakin besar. Ia 41mm lebih panjang dengan penambahan 53mm pada ruang kaki.

Sepertimana model Civic premium, CR-V juga didatangkan dengan penghidup enjin kawalan jauh (remote engine start), brek parkir elektronik dan pengecas USB di belakang.

Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo sama dengan Civic 1.5L baru namun telah ditala untuk mendapatkan lebih kuasa, 190hp dan 179Nm daya kilas. Transmisinya juga kekal dengan rangkaian CVT dengan Honda G-Shift control logic.

 

 

crv 2017 (1)crv 2017 (11) crv 2017 (10) crv 2017 (9) crv 2017 (8)

crv 2017 (4) crv 2017 (5) crv 2017 (6) crv 2017 (7) crv 2017 (2)

Google ads
Back to top button