Motosikal

BMW BAGGER K 1600 B – SENJATA BMW TAHUN 2020

BMW Motorrad Concept 101 akan dinamakan Bagger K 1600 B untuk pasaran Amerika Syarikat. Ia mengetengahkan tema “The Spirit of the Open Road” akan bersaing secara langsung dengan motosikal-motosikal touring keluaran Amerika yang sudah terkenal di seluruh dunia seperti Harley-Davidson, Indian Motorcycles dan Victory Motorcycles.

Bagger ni sebenarnya cukup besar. Kalau BMW tidak menampal logo yang cukup besar dan menyerlah mesti semua akan menyangka ini sebuah Harley. Menggunakan enjin enam selinder yang mampu menghasilkan 160bhp, BMW menyatakan yang Bagger K 1600 B mempunyai kualiti paling baik untuk sebuah model touring.

BMW-13

Gaya menunggang yang santai seolah-oleh ingin menunjukkan kekuatan yang ada padanya selain rekabentuk elegan yang semestinya menjadi kekuatan pada sebuah motosikal keluaran BMW. Enjinnya juga melepasi piawaian Euro4 untuk keluaran bahan bakar.

Bagger K 1600 B akan menjadi sebahagian daripada jaringan produk BMW yang diperluaskan ke seluruh dunia. BMW juga merancang untuk menjual 200,000 unit motosikal bermula dari sekarang sehingga ke tahun 2020. Sasaran ini agak tinggi memandangkan BMW merupakan pengeluar motosikal premium.

Karektor American Touring dapat dilihat pada keseluruhan motosikal ini terutamanya pada bahagian fairing hadapan yang tinggi dan bahagian ekor belakang yang rendah. Ia dinamakan Bagger bersempena dengan nama sejenis motosikal custom yang cukup popular di Amerika. Bahagian peredam bunyi ekzos dikrom sepenuhnya dan akhir sekali lampu belakangnya juga adalah dengan sentuhan gaya Amerika.

BMW-5

Beberapa komponen lain dibangunkan dengan teknologi yang sama dengan K 1600 GT, tetapi bahagian belakang K 1600 B ini direka semula sepenuhnya. Ini membuatkan Bagger ini kelihatan lebih rendah dan bergaya. Kerangka belakang yang baru juga membuatkan kedudukan pembonceng lebih rendah daripada K 1600 GT.

Bahagian cermin pelindung hadapan adalah lebih pendek ala Bagger dan dikawal dengan elektrik sepenuhnya. Ia juga direka untuk perlindungan daripada elemen cuaca khususnya angin sewaktu perjalanan jauh. Ini cukup penting bagi sebuah motor touring. Setakat ni tak ramai yang kami jumpa bawak motor touring pergi pejabat. Biasanya mesti digunakan untuk perjalanan jauh.

Bahagian bagasi sisi didatangkan standard dan direka semula agar lebih memudahkan penunggang khususnya untuk memuat dan mengeluarkan barangan. Selain daripada itu bahagian mudguard belakang direka agar boleh diangkat ke atas seperti bonet kereta untuk kemudahan menukar tayar bila diperlukan.

BMW-2

BMW juga melengkapkan motosikal ini dengan sistem suspensi dinamik ESA. Ia dilengkapkan dengan dua mod, “Road” dan “Cruise”.  Ia kini menawarkan kombinasi antara keselesaan, kestabilan dan dinamik untuk memastikan keseronokkan penunggang.

Dalam mode “Road”, kesemua setting dikawal secara automatik sepenuhnya untuk keselesaan di sepanjang perjalanan. Mode “Cruise” pula melembutkan penyerap hentak ketahap paling rendah untuk keselesaan sewaktu bergerak perlahan untuk makan angin dalam kampung.

K 1600 B ini juga dilengkapkan dengan sistem bantuan mengundur. Ia diaktifkan dengan menekan butang pada bahagian kiri hendal. Pergerakan mengundur dikawal mengggunakan butang penghidup. Ini sangat diperlukan kerana motosikal ini sebenarnya agak berat. Selain daripada itu, BMW turut menawarkan Shift Assistant Pro sebagai pilihan. Ia berfungsi untuk membolehkan tukaran gear dibuat tanpa menggunakan klac.

BMW-15

Pelbagai pilihan aksesori bakal ditawarkan khusus untuk pemilik Bagger ini kelak untuk invidualisasi. Antaranya ialah perehat kaki untuk penunggang dan juga pembonceng. Rim 11 jejari daripada aloi tempa menyerlahkan lagi nilai eksklusif K 1600 B ini.

Intelligent Emergency Call juga ditawarkan tetapi terhad kepada pengguna di Eropah sahaja untuk situasi cemas seperti kemalangan (di Malaysia 10 tahun lagi baru ada kot).

 

BMW-8BMW-7 BMW-5 BMW-3 BMW-2 BMW-11

BMW-13 BMW-15 BMW-16 BMW-1 BMW-10 BMW-9

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button