Buletin

HONDA JAZZ DILANCARKAN DI THAILAND

Honda Thailand hari ini melancarkan Honda Jazz generasi terbaharu di pasaran negara gajah putih itu. 

honda-jazz-thailand-mekanika (1)

Menjadi model kompak popular, Jazz mula dipasarkan di Thailand sejak tahun 2003. Berbeza dengan model sebelumnya, Jazz kini hadir dengan pelbagai teknologi terbaik seperti sistem Eco-Assist dan Econ Mode yang berfungsi menjimatkan penggunaan bahan api.

honda-jazz-thailand-mekanika (7)

Di sana, Jazz ditawarkan dalam lima varian iaitu S, V, V+, SV dan SV+. Harganya pula bermula dari Bt555,000 (RM55,000) hingga  Bt754,000 (RM75,400) seunit. Varian asas (S) didatangkan dengan transmisi manual. Sementara varian lain bertransmisi automatik. Honda Thailand mensasarkan untuk menjual 20,000 unit Jazz setahun.

honda-jazz-thailand-mekanika (3)

Berdasarkan kepada tawaran varian sebelum ini, adalah mustahil Honda Malaysia akan menawarkan varian manual kepada pengguna tempatan. Pilihan varian juga tidak akan semeriah Jazz di Thailand.

Jazz dipacu oleh unit enjin bersesaran 1.5 liter SOHC i-VTEC berkuasa 117hp dan tork maksimum 146Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah teknologi earth Dreams Honda.

honda-jazz-thailand-mekanika (6)

Pemandu boleh menukar kedudukan gear CVT tujuh kelajuan itu menggunakan paddle shifter. Ia merupakan rangkaian kuasa sama seperti yang ada pada model City sekarang.

honda-jazz-thailand-mekanika (1)

Ruang kabin Jazz menyaksikannya berkongsi papan pemuka City. Jadi, ia menggunakan sistem audio dengan skrin sentuh pada varian tertingginya. Sama model terdahulu, Jazz sememangnya model kompak yang sangat praktikal. Terima kasih kepada tempat duduk belakang yang dikenali sebagai ultra/magic seats itu.

honda-jazz-thailand-mekanika (4)

Saya tahu memang ramai yang tidak sabar untuk menunggu Jazz baharu ditawarkan di sini. Jangan risau. Tak lama dah. Serius!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button