Stail

BAD NEIGHBOURS – JIRAN DARI NERAKA

Judul: Bad Neighbours
Genre: Komedi
Pengarah: Nicholas Stoller
Pelakon: Seth Rogan, Zac Efron, Rose Byrne, Dave Franco, Halston Sage.
Bintang: ***

bad-neighbours-mekanika (2)

Bayangkan  kehidupan selesa  di kediaman anda yang aman dan damai diganggu oleh jiran  durjana? Bising tak tentu masa, langsung tak menghormati jiran sebelah. Malah mengadakan parti gila-gila  seumpama yang dianjurkan ikon global, Justin Bieber. Itulah masalah yang dihadapi  oleh  Mac dan Kelly.

Pasangan suami  awal usia 30-an  itu  berjaya membeli sebuah kediaman yang selesa untuk membina sebuah keluarga bahagia.   Mereka juga baru sahaja dikurniakan anak sulung hasil perkahwinan  mereka itu.

bad-neighbours-mekanika (4)

Tiada pengasuh kerana Kelly merupakan suri rumah sepenuh masa. Mac dan isterinya itu sebenarnya dilanda tekanan dan dilema di antara meneruskan kehidupan sosial muda mereka atau memikul tanggungjawab orang dewasa dengan menjadi ibu dan bapa mithali.

Kemunculan remaja kolej bertubuh sasa, Teddy dan rakan-rakan lelakinya menjadi penghuni baharu di  rumah sebelah kediaman Mac dan Kelly menjadikan rutin kehidupan  pasangan itu bertambah celaru.

bad-neighbours-mekanika (3)

Sebuah kisah yang tampak murni itu akhirnya dicemari oleh elemen jenaka lucah yang boleh diklasifikasikan sebagai melampau dalam budaya Asia, tetapi tidak dalam kalangan masyarakat Barat.

Ia tercetus apabila Mac dan Teddy menjadi kawan dengan Mac yang seolah-olah kemaruk mahu kembali menjalani kehidupan remaja tanpa mengetahui Teddy juga sebenarnya sedang berperang dengan dilema kerana dia tidak boleh selamanya hidup sebagai remaja, tetapi kelak perlu melangkah ke alam dewasa.

bad-neighbours-mekanika (8)

Pelbagai lawak lucah dipaparkan sehingga ada yang mencecah tahap meloyakan. Namun itulah sikap dan budaya naskhah arahan Nicholas Stoller ini. Sama ada mahu diberi secara terbuka atau tidak, ia sememangnya melucukan. Sesungguhnya, apa yang menarik tentang Bad Neighbours adalah elemen keceriaannya.

Apa yang penting, naskhah ini sifatnya maskulin. Sebuah filem tentang lelaki dan kawan-kawan lelaki mereka yang serba kasar dan tanpa sempadan. Apabila berjenaka terutama tentang seks, ia keluar jauh daripada batasan normal. Bayangkan Teddy dan rakan-rakannya berjenaka mahu merogol aktres muda tersohor, Emma Watson.

bad-neighbours-mekanika (5)

Seth Rogen dan Zac Efron kelihatan cukup berseronok dalam menghidupkan karakter lakonan masing-masing. Banyak filem yang mengisahkan tentang perbezaan antara orang muda dan tua, tetapi Bad Neighbours menawarkan sesuatu yang berbeza – tentang antara yang muda dan yang sedikit tua.

Itu menjadikan naskhah ini mampu berdiri teguh sebagai sesuatu yang wajar dihayati tanpa prejudis, di sebalik segala kelucahan melampau yang menyelubunginya itu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button