Artikel Pilihan

RIVIAN R1T MASUK DALAM TASIK IDAHO, LANCARKAN BOT REKREASI DAN TUNDA KELUAR DENGAN SELAMBA

Kebanyakan pembeli kenderaan lasak dan utiliti akan memilih kenderaan berkuasa diesel sebagai pilihan utama mereka sehinggalah trak rekreasi elektrik iaitu Rivian R1T membuat kemunculan. Ia merupakan pilihan yang baik bagi sebuah trak utiliti dan rekreasi yang dikuasakan dengan 4 motor elektrik iaitu satu motor elektrik pada setiap roda

Ini bermakna Rivian berupaya menjana sistem pacuan semua roda dengan ciri Torque Vectoring bagi meredah laluan bersalji, berlumpur dan juga berbatu. Secara purata, semua motor elektrik ini menjana sehingga 835 kuasa kuda dan 1231Nm tork

Salah satu kebimbangan orang ramai berkenaan kereta elektrik ialah keupayaan kereta elektrik meredah laluan berair atau banjir kerana dibimbangi air akan merosakkan bateri dan juga komponen elektrik yang lain. Seorang pemilik Rivian R1T telah mengkaji bahawa truk elektriknya boleh meredah air sehingga kedalaman 1092mm

Jadi disebabkan dia malas menunggu untuk melancarkan botnya dari jeti, pemilik Rivian ini terus memandu dalam tasik Idaho dengan menarik beban bot seberat 1814kg dan trailer di belakang seberat 680kg. Jika digabungkan, beban yang ditunda oleh Rivian ini mencecah 2721kg

Bagi mengelakkan sebarang masalah, pemilik ini memasuki tasik Idaho dari Bear Lake Beach yang berpasir bukannya berlumpur. Bot milik pemandu ini memerlukan kedalaman sehingga 914mm air untuk terapung dan berlepas dengan selamat

Pemilik Rivian kemudian menggunakan mode Off Road Deep Sand dan mengundurkan Rivian terus ke dalam tasik Idaho. Jika melebihi 1092mm, pemilik Rivian mengakan trak elektrik ini mungkin akan terapung. Tapi kedalaman tasik yang diredahi oleh rivian ini hanyalah sekitar 910mm sahaja dan masih selamat

Tapi wading depth 1092 ini merupakan angka tertinggi dan melebihi kebanyakan kereta berkuasa petrol dan diesel. Malah Rivian juga tidak memerlukan sebarang peralatan khas sperti snorkel melainkan ia menggunakan rim bersaiz 20 inci sahaja

Bukan sahaja pemilik Rivian ini berjaya melancarkan botnya dengan selamat dalam tasik dengan menggunakan Rivian, malah trak elektrik ini berjaya keluar dari tasik dan kembali semula dalam tasik untuk menunda bot setelah selesai aktiviti rekreasi.

Google ads
Back to top button