Buletin

HONDA KATA TIDAK KEPADA EV BERTRANSMISI MANUAL

Kenderaan elektrik mempunyai binaan trenkuasa yang lebih ringkas, tidak seperti kenderaan konvensional.

Malah, kuasa yang dihamburkan oleh motor elektrik adalah bersifat segera, jadi kebanyakan EV tidak memerlukan bilangan nisbah gear yang terlalu banyak.

Seperti contoh, EV Tesla mempunyai transmisi kelajuan tunggal, manakala Audi dan Porsche pula dipasangkan transmisi dua kelajuan untuk respons yang lebih baik.

Toyota pula mahu menjadikan EV masa depan yang lebih mengujakan, di mana mereka mahu membangunkan transmisi manual untuk dipadankan pada kereta elektrik mereka.

Honda pula nampaknya memiliki pandangan yang bertentangan dengan Toyota.

Dalam satu temubual bersama Car and Driver, CEO Honda Toshihiro Mibe dan ketua unit elektrifikasi Shinji Aoyama kedua-dua mengesahkan transmisi manual ‘palsu’ tidak akan didatangkan pada EV Honda kelak.

Ia termasuklah kereta sports elektrik yang dirancang sebelum ini oleh Honda.

Menurut mereka, walaupun transmisi manual mampu menjadikan pemanduan yang lebih mengujakan, Honda mahu mencari jalan lain supaya aspek pemanduan EV yang lebih menyeronokkan mampu ditawarkan kepada pengguna. – Car and Driver

Google ads
Back to top button