Artikel Pilihan

MAURO FORGHIERI, JURUTERA OTAI FERRARI MENINGGAL DUNIA

Tahun 2022 merupakan sambutan ulang tahun yang ke 75 bagi jenama Ferrari namun pada masa yang sama ia merupakan tahun yang sedih bagi Ferarri. Mauro Forghieri yang merupakan salah seorang jurutera yang paling kreatif pernah bekerja dengan Ferrari telah meninggal semalam pada umur 87 tahun

Mauro bertanggung jawab dan mengetuai jurutera Scuderia Ferrari bagi meraih kejuaran dalam F1 dengan 4 juara dunia dan 7 kejuaraan dalam pembuat jentera F1 serta 54 kejuaraan GP yang lain. Mauro dilahirkan pada 13 Januari 1935 di Modena merupakan anak mekanik yang bekerja di Ferrari.

Sebaik sahaja tamat pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanika di Universiti of Bologna pada tahun 1959, Mauro menyertai Ferrari sebagai pelatih di jabatan enjin dan bekerja bersama-sama dengan Vittorio Jano, Carlo Chiti, Romolo Tavoni, dan Gian Paolo Dallara

Berikutan krisis pengurusan Ferrari pada tahun 1961 yang menyebabkan beberapa pengurusan tertinggi Ferrari meletak jawatan, Mauro mendapati dia dinaikkan mememgang jawatan sebagai Pengarah Teknikal Scuderia Ferrari termuda dengan umur 27 tahun sahaja.

Di bawah pengurusan Mauro, dia dan Giotto Bizzarrini memulakan kerja pembangunan 250 GTO yang menjadi mesin ikonik dihasilkan oleh Ferrari. Ketika ini juga Ferrari menempa nama dengan kejayaan di Le Mans melalui model 250P, 275P dan juga 250LM.

Ketika di GP Belgian pada tahun 1968, Ferrari dengan idea Mauro juga mengenakan rear wing pada bahagian belakang jentera bagi mencatatkan masa terpantas 4 saat berbanding dengan pesaing yang terdekat yang dipandu oleh Jackie Stewart.

Namun idea paling inovatif yang dihasillkan oleh Mauro ialah 312T dengan transmisi tranverse, enjin boxer 12 silinder yang menjulang Niki Lauda sebagai juara pada tahun 1975. Malah ketika teknologi turbo digunakan buat pertama kali pada tahun 1982, Ferarri memenangi kataegori kejuaran pembuat jentera F1

Pada tahn 1984, Mauro ditukar ke divisi pembangunan kereta jalanan dan mengetuai pembangunan sebuah kereta konsep yang dinamakan sebagai 408 4RM dimana kajian pada kereta ini digunakan pada model Ferrari FF yang dihasilkan pada tahun 2011.

Mauro kemudian menyertai Lamborghini Engineering pada tahun 1987 dan memberi idea kepada penghasilan enjin V12 F1 yang digunakan oleh Larousse-Lola dan Lotus. Mauro juga pernah berkhidmat dalam masa yang singkat sebagai Pengarah Teknikal untuk Bugatti bagi membantu pemilik Romano Artioli mengidupkan semula jenama Bugatti dalam menghasilkan model seperti EB 110 dan EB112

Jawatan terakhir yang dipegang oleh Mauro ialah sebagai pengasas sebuah syarikat kejuruteraan mekanikal yang dinamakan sebagai Oral Engineering Group. Mauro terlibat secara aktif dalam aktiviti rekaan, kajian dan pembangunan bagi pihak pelanggan seperti BMW, Bugatti dan Aprilia

Google ads
Back to top button