Buletin

HONDA LABUR DALAM CATL. BANGUNKAN BATERI EV DI CHINA

Honda membuat pelaburan kecil dalam syarikat pengeluar bateri, China, Contemporary Amperex Technology (CATL). Kedua syarikat akan bekerjasama dalam membangunkan bateri untuk kenderaan elektrik (EV).

Menurut Autonews, sejak tahun lalu CATL akan menghasilkan bateri bersama Honda. Syarikat berkenaan turut membekalkan bateri kepada Tesla, Toyota dan Volkswagen.

Selain membangunkan teknologi bateri, kedua syarikat akan melihat pasaran kitar semula bateri sebagai cabang perniagaan.

Honda bercadang melancarkan kereta elektrik pertama yang menggunakan bateri CATL di China pada tahun 2022.

“Perkongsian ini dapat mengukuhkan kerjasama dengan CATL. Memandangkan industri kereta elektrik semakin berkembang, CATL akan membawa kekuatan baharu kepada Honda.

“Kami percaya kerjasama jangka panjang ini, ia mampu meningkatkan daya saing produk elektrik Honda. Syarikat ini akan terus menawarkan kegembiraan dan kebebasan bergerak sekali gus mewujudkan masyarakat lestari,” kata Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe.

Honda turut bekerjasama dengan GAC yang menyaksikan pengeluar kereta Jepun ini menjual bateri pertama kenderaan elektrik, dengan penjualan Everus VE-1 crossover di China pada tahun lalu.

Di Amerika Syarikat pula, Honda bergandingan bersama General Motors dalam pembangunan dua kenderaan elektrik – carscoops

Google ads
Back to top button