Buletin

HONDA PENGELUAR KENDERAAN PERTAMA HENTIKAN IKLAN DI FACEBOOK

Pada minggu ini, Unilever, Verizon, Ben and Jerry’s, The North Face dan Patagonia mengatakan mereka akan menangguhkan pengiklanan di laman sosial Facebook.

Ia berikutan platform berkenaan mengendalikan maklumat salah dan kebencian dalam rangkaian sosial itu.

Honda menjadi pengeluar kereta pertama yang mengikuti jejak langkah jenama-jenama terkenal tersebut.

Kempen dinamakan Stop Hate For Profit dianjurkan Anti-Defamation League dan NAACP. Mereka merupakan antara kumpulan yang berusaha mematahkan sumber pendapatan terbesar Facebook dan menghentikan syarikat media sosial mengaut keuntungan walaupun menjadi platform forum kebencian serta menyampaikan infomasi salah.

Menurut Gizmodo, Honda mengambil keputusan untuk mengambil langkah sama pada minggu ini.

“Pada Julai, Honda Amerika Syarikat akan menghentikan iklan di Facebook dan Instagram. Kami memilih untuk berdiri bersama-sama orang ramai menentang kebencian serta perkauman.

“Ia sejajar dengan nilai syarikat yang menekankan rasa hormat sesama manusia,” kata Honda dalam satu kenyataan.

Tindakan tersebut merangkumi belanja pengiklanan untuk jenama mewah Honda, Acura.

Menurut statistik terbaharu daripada Ad Age Datacenter, Honda merupakan syarikat ke-33 yang membelanjakan iklan terbanyak di Amerika Syarikat.

Secara kasar, Honda membelanjakan kira-kira AS$693,000 (RM2.9 juta) dalam tempoh 30 hari ini di Facebook, jelas Pathmatics yang merupakan platform pintar digital. – jalopnik

Google ads
Back to top button