Modifikasi

BISIMOTO HONDA FIT TURBO 2015, KUASA ENJIN 480HP!

Pengeluar seperti Honda terbuka untuk terlibat dalam pameran SEMA yang menampilkan pelbagai model kereta dengan ubah suai dan komponen aksesori.

Penyertaan di dalam SEMA melibatkan penala atau bengkel yang tampil dengan kreativiti dan kebolehan masing-masing. Di antara penala yang kerap bekerjasama dengan Honda ialah Bisimoto Engineering.

Pada SEMA 2014, ada sebuah model istimewa iaitu Bisimoto Honda Fit Turbo. Model ini yang juga popular di kalangan rakyat tempatan ditampilkan dengan pelbagai ubah suai dari dalam hingga luar.

Secara keseluruhannya ada 16 komponen baharu yang direka untuk enjin L15B dan casis kereta ini.

Dari luar, warna biru lembut dari Extreme Autoworx Paint tidak membayangkan kuasanya yang sebenar. Fit ini dilengkapi Aksesori Tulen Honda, spoiler RS, rekaan grafik Denmatic, pendingin antara (intercooler) Spearco, Rhythms Powdercoating dan paip aluminium Driftmotion.

Bahagian dalam dikosongkan dan diisi kerusi perlumbaan Buddy club, tali keledar Crow, tombol gear jenis singkat Buddy club, ‘stokin’ takungan Bisimoto dan saluran bersirat (braided) G&J.

Berikut pula senarai ubah suai rangkaian kuasa yang panjang:

  • Komponen AEM Electronics
    • ECU Infinity 6
    • Pengawal galak (boost controller) dan pengawal atur tekanan minyak (fuel pressure regulator)
  • Omboh Arias Pistons
  • Bolt dan headstud ARP
  • Spring dan titanium retainer Bisimoto
  • Aci sesondol Bisimoto-Web Level 2.4
  • Tukup minyak (oil cap) Bisimoto 360 darjah
  • Sistem ekzos Cat-Back Bisimoto
  • Peredam bunyi dan perkakasan Burns Stainless
  • Penyuntik 1000cc Deatschwerks 1000cc
  • Penyambung dan ambilan (sleeves & intake) Golden Eagle
  • Gasket Bisimoto jenis MLS
  • Gasket ambilan pelindung haba (intake heat shielding gasket) Bisimoto
  • Pam minyak AEM 320LPH E85
  • Palam pencucuh NGK Iridium Spar
  • Minyak sintetik PurOl Elite Series
  • Ubah suai kepala silinder buatan khas (portflow custom headwork)
  • Penapis dan pengalir minyak Kinsler (fuel Rail & filter)
  • Rod keluli R&R
  • Paparan Racepak IQ3
  • Harnes (dawai) perlumbaan tugas berat (heavy duty race harness) Rogue Racing
  • Turbo Turbonetics TNX-20
    • Pintu sisa (wastegate)
    • Injap pelepas (blowoff valve)
  • Pencengkam dan komponen keluli tahan karat Vibrant Vanjen
  • Salutan (coating) TurboHot
  • Cekam/klac Action 2MS

Untuk casis dan suspensi, Fit ini diubah suai kepada lima lug Bisimoto dengan padanan roda Buddy club F91 saiz 17×7.5″ berserta bolt lug.

Roda itu dipadan bersama tayar Toyo R888. Brek pula menggunakan paut (mount) Bisimoto dengan kit brek Buddy club 4 pot. Set gantungan diserahkan kepada Progress termasuk bar huyung (sway).

Akhir sekali, dengan enjin L15B menggunakan pengecas turbo dan ubah suai besar, berapa kuasa yang diperolehi?

Luar biasa iaitu 480 hp! atau 410.6whp!

BACA: HONDA ACCORD DENGAN KIT MODULO, SEGAK JUGA KAN?

BACA: BISIMOTO HONDA ACCORD COUPE GRAND TOURING 2013

BACA: HONDA JAZZ VERSI EROPAH, SPESIFIKASI TIP TOP!

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button