Buletin

HONDA MALAYSIA HULUR BANTUAN BANJIR, KOMPUTER RIBA DAN TOPENG MUKA KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

Honda Malaysia pada Februari lalu telah mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang, selain topeng muka dan komputer riba untuk kegunaan pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik.

Memahami keperluan mendesak untuk pembelajaran dalam talian, Honda Malaysia menghantar komputer riba ke empat buah sekolah rendah di Melaka. Peranti itu diberikan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah bagi membantu mereka menjalani pembelajaran di rumah.

“Selain komputer riba, kami ada menyediakan 500 kotak topeng muka kepada 10 buah sekolah rendah dan 10 sekolah menengah dalam usaha membantu pelajar mematuhi SOP,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia juga menyerahkan pelbagai barangan keperluan seperti 1,000 unit pelindung muka kepada anggota barisan hadapan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.

Proses penyerahan bantuan ini dilakukan dengan mematuhi prosedur SOP yang ketat.

Google ads
Back to top button