Buletin

HONDA MALAYSIA KOLABORASI DENGAN ASTRO RADIO, TEALIVE & UNIFI. UMUM PEMENANG PERTAMA KEMPEN ROAD TO 900K UNIT MILESTONE

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan tiga jenama utama, Astro Radio, Tealive dan unifi untuk meningkatkan lagi penyertaan terhadap kempen Road to 900,000th Unit Milestone. 

Kempen dengan tagline “Terima Kasih 900K” itu dilancarkan bulan lalu dan nyata membentuk momentum untuk Honda Malaysia mencapai sasaran jualan yang ke-900,000 unit menjelang suku ketiga tahun 2019. 

Kempen tersebut akan menyaksikan rakyat Malaysia memandu pulang sembilan model Honda. Tiga daripadanya akan diberikan kepada peserta peraduan yang dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan unifi. 

“Ia merupakan kerjasama kali pertama di antara Honda Malaysia dengan ketiga-tiga jenama ini.

“Kerjasama ini adalah tanda terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dan menjadikan kami jenama pilihan ramai,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Pemenang pertama diumumkan 

Dalam perkembangan berkaitan, Honda Malaysia turut mengumumkan pemenang pertama kempen Road to 900,000th Unit Milestone. Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi menerima sebuah Civic 1.5L Turbo di pengedar Honda di Kelantan, Ban Chu Bee Sdn. Bhd. 

“Saya tidak pernah jangka untuk menang, apatah lagi menjadi pemenang pertama peraduan ini. Sejak dulu lagi saya mahu memiliki sebuah Civic. Ini memang mimpi jadi kenyataan!” kata Adib. 

Masih ada lapan model Honda untuk dimenangi. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam kempen yang berlangsung di semua 90 pengedar Honda dan siri jelajah kempen Road to 900,000th Unit Milestone di seluruh negara sehingga September depan.

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button