Buletin

HONDA  MALAYSIA LABUR RM11 JUTA KEMBANGKAN GUDANG ALAT GANTI

Honda Malaysia baru-baru ini melengkapkan proses naik taraf Fasa 2 gudang alat gantinya di Bukit Jelutong, Selangor.

Naik taraf dari segi kapasiti dan operasi itu dilihat selari dengan peningkatan jualan serta pengambilan servis kenderaan Honda di 93 pengedar Honda di seluruh negara.

Justeru, Honda Malaysia telah melabur sebanyak RM11 juta untuk menambah kapasiti gudangnya menjadi 21,700 meter persegi. Gudang tersebut terletak di atas tanah seluas 50,000 meter persegi dan dibuka sejak tahun 2012.

“Pengembangan ini memang tepat pada masanya kerana jualan alat ganti menyaksikan pertumbuhan sebanyak 32 peratus. Manakala permintaan terhadap aktiviti badan dan cat naik 48 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Fasa 2 ini akan menyaksikan penstrukturan semula stok, lokasi di dalam gudang mengotimumkan penggunaan ruang.

Langkah tersebut bukan sahaja meningkatkan ruang penyimpanan alat ganti. Malah ia menambah baik operasi gudang dan mempercepat penghantaran alat ganti kepada pengedar dan pelangan.

Operasi kini lebih pantas dengan pelaksanaan sistem kod bar untuk barang-barang yang sudahpun dibungkus dan dilabel daripada pembekal. Jadi, ia hanya memerlukan pengesahan ketika tiba untuk dikemas kini secara serta-merta ke dalam sistem.

Alat ganti juga akan dihantar pada waktu malam. Sementara alat ganti kecil dihantar menggunakan motosikal untuk menjimatkan kos dan masa.

Lebih penting lagi, proses pengembangan ini bersifat mesra alam apabila semua material pembungkusan akan dikitar semula untuk mengurangkan pembaziran.

Google ads
Back to top button