HONDA MALAYSIA RECALL 2,784 MODEL ACCORD 1999, CR-V 2000
Honda Malaysia recall kenderaan sebanyak 2,784 unit daripada model Accord tahun 1999 dan CR-V 2000 berikutan penggantian inflator beg udara Takata.
Melalui siaran media yang dikeluarkan Honda, langkah itu seiring dengan keputusan penarikan semula Honda global Non-Azide Driver Airbag Inflator (NADI).
Katanya, model terlibat merupakan Honda Accord tahun 1999 sebanyak 1,380 unit dan CR-V pembuatan tahun 2000 sebanyak 1,404 unit.
“Panggilan semula ini juga sebagai langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan inflator beg udara keselamatan bahagian hadapan pemandu Takata itu mempunyai tekanan dalaman berlebihan dan menyebabkan ia gagal berfungsi dengan betul atau pecah.” jelas kenyataan itu.
Honda Malaysia juga menyatakan model semasa yang dijual tidak terjejas dan mereka akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat pada setiap produk dihantar kepada pelanggan.
Sehingga kini, tiada laporan kejadian seperti itu berlaku di Malaysia untuk model Accord dan CR-V ini.
Pelanggan terlibat dengan penggantian produk berkenaan akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang merangkumi perincian penarikan balik produk.
Honda Malaysia menggesa semua pelanggan terlibat menghubungi pengedar sah Honda untuk membuat janji temu selepas menerima pemberitahuan penggantian inflator beg udara tersebut.
“Syarikat meminta semua pelanggan yang terlibat membuat janji temu terlebih dahulu bagi memastikan proses penggantian produk dapat dijalankan dengan lancar dan pantas.
“Pelanggan terlibat diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan membersihkan tangan ketika mengunjungi mana-mana tapak pengedar,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan memiliki model berkenaan segera menghubungi Honda Malaysia untuk tujun penggantian tersebut.
Untuk maklumat lanjut pengguna boleh layari lawan sesawang Honda Malaysia di www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my
- BACA: HONDA CITY HATCHBACK DILANCARKAN DI THAILAND. 1.0 LITER TURBO. MASUK MALAYSIA TAHUN DEPAN?
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R VS RENAULT MEGANE R.S. 300 TROPHY. MANA LAGI POWER?
- BACA: HONDA CITY TERIMA 9,000 TEMPAHAN. VARIAN V, WARNA PUTIH PALING LAKU
- BACA: HONDA CIVIC PROTOTAIP 2022 DIDEDAHKAN. REKAAN LEBIH ELEGAN, MINIMALIS