Buletin

GM RECALL 7 JUTA KENDERAAN DI SELURUH DUNIA.BANYAK TU!!!

General Motors (GM) akan recall sebanyak tujuh juta trak pikap dan SUV di seluruh dunia melibatkan penggunaan beg udara dari pengeluar menyebabkan 17 kematian di Amerika Syarikat (AS).

Pada Isnin lalu, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional Amerika Syarikat (NHTSA) menolak permintaan GM bahawa versi beg udara yang digunakan kenderaan mereka tidak perlu diganti semula.

NHTSA mengarahkan GM recall 5.9 juta kenderaan yang berdaftar di negara terbabit.

Beg udara dikeluarkan pengeluar dari Jepun, Takata yang diisytiharkan bankrup menyebabkan ia meletup sehingga serpihan logam menembusi kenderaan.

Berikutan kes kematian yang berlaku, terdapat para pemandu dan penumpang mengalami kecacatan malah hilang penglihatan.

Keputusan itu diambil selepas lebih enam tahun penarikan semula berkaitan beg udara Takata yang bermula pada tahun 2014 sekali gus menjadikan ia sejarah dalam dunia automotif.

Berikutan pengumuman tersebut pada hari Isnin lalu, beg udara recall berkenaan telah mencecah 63 juta dalam kira-kira 40 juta kenderaan.

Sebelum ini, GM telah melakukan recall terhadap 800,000 kenderaan menggunakan beg udara Takata.

Begitupun, GM berhujah bahawa lebihan kenderaan dikeluarkan mereka menggunakan inflator berlainan berbanding model dipanggil semula dan tidak menimbulkan ancaman kepada pengguna.

Perbalahan antara syarikat pengeluar kenderaan itu dan regulator keselamatan berpanjangan selama empat tahun.

GM berkata mereka akan mematuhi arahan dengan memanggil semula kenderaan domestik dan 1.1 juta model di seluruh dunia tetapi masih bertegas beg udara berkenaan tidak mengancam pengguna.

 Recall terbaharu ini dijangka akan mengakibatkan GM perlu membayar kos yang tinggi kira-kira AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion). – agensi.

Google ads
Back to top button