Buletin

HONDA MALAYSIA RECALL 702 UNIT CITY HYBRID (2021) & CIVIC (2022) KERANA MASALAH ADAS, KIMPALAN KERUSI PEMANDU

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula (recall) melibatkan model City Hybrid buatan tahun 2021 dan Civic 2022 sebagai langkah keselamatan. 

Jumlah dan model yang terlibat adalah seperti berikut:

Panggilan semula adalah kerana situasi berikut:

A. Kamera Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) tidak aktif 

Recall ini akan menggantikan kamera ADAS yang dipasang pada cermin utama. Kamera itu mungkin tidak beroperasi seperti yang sepatutnya dan boleh menyebabkan ADAS tidak berfungsi ketika memandu. 

B. Kimpalan pada pelaras kerusi pemandu tidak sempurna

Recall ini akan membetulkan semua titik kimpalan pada pelaras tempat duduk p pemandu. Kerosakan itu boleh menyebabkan kerusi tidak berada pada posisi yang tetap ketika memandu, sekali gus mengurangkan perlindungan tali pinggang keledar ke atas pemandu. 

Honda Malaysia ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Ia juga memberi jaminan bahawa model-model lain yang sedang diproduksi dan dijual tidak terlibat dalam recall ini. Setakat hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan akibat isu itu dilaporkan di Malaysia.

Semua pelanggan yang terjejas akan diberitahu menerusi surat. Honda Malaysia menggesa mereka supaya menghubungi pengedar sah untuk membuat temu janji dan membaiki kenderaan masing-masing. Syarikat juga menggalakkan pelanggan agar memuat turun aplikasi HondaTouch untuk pengesahan recall ini. 

Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian alat ganti adalah percuma. Pelanggan boleh mengetahui status kereta mereka dengan menghubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: productrecall.honda.com.my  

Google ads
Back to top button