
KECUAIAN PENONTON DI STADIUM HARD ROCK, MIAMI, PUNCA 11 KENDERAAN ROSAK DAN TERBAKAR
11 kenderaan rosak dan musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida. Ketika peminat mula masuk ke dalam stadium menikmati permainan Dolphins menentang Patriots, seorang peminat menyalakan api untuk panggangannya di pintu belakang kereta tanpa pengawasan ketika permainan sudah bermula.
SB Nation melaporkan bahawa kepulan asap hitam tebal mula mengepul di seluruh stadium pada suku kedua. Meskipun pihak bomba tempatan bergegas ke tempat kejadian, tetapi ia terlalu lewat untuk menyelamatkan kenderaan. Antara kenderaan yang musnah dalam kebakaran itu adalah Toyota Prius, Lexus RX, Nissan Sentra, dan sekurang-kurangnya sebuah trak pikap. Kereta paling mahal terbakar ialah Mercedes-AMG S 63.
Penonton di dalam stadium menyedari kebakaran berlaku di luar ketika mereka terdengar beberapa bunyi seperti letupan. Namun masih belum diketahui sama ada individu cuai tersebut adalah pemilik salah satu dari kenderaan yang musnah.

Individu yang terjejas dengan insiden itu pastinya akan berurusan dengan semua syarikat insuran kereta masing-masing selain ia akan memakan kos tinggi.
Satu kenyataan daripada jurucakap Stadium Hard Rock mendedahkan, “Jabatan Polis Miami Dade dan Penyelamat Bomba Miami Dade berada di tempat kejadian. Kebakaran telah dipadamkan dan sedang disiasat oleh Bomba Penyelamat. Tiada kecederaan dilaporkan selain tiada sebarang unsur ancaman.”